Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

Memaparkan catatan dengan label malaysiakini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysiakini. Papar semua catatan

11 Dis 2008

PAS rugi mengenepikan Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Ketua dan Timbalan Muslimat PAS Pusat menyokong cadangan peribadi Mursyidul Am PAS yang mahu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dikekalkan menjadi calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Ketuanya, ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap pihak PAS harus mengekalkan calon lama (Mohamad Sabu) kerana pilihan raya umum baru saja berlangsung dan tidak salah jika pihak PAS meneruskan calon tersebut.

Menurut beliau, jika pihak PAS mahu mengatakan kekalahan yang berlaku di Parlimen Kuala Terengganu itu disebabkan calon orang luar, amat tidak adil kerana Parlimen di Terengganu hanya menang satu kerusi saja iaitu di Marang.

"Banyak kerusi DUN dan Parlimen yang meletakkan calon tempatan pun kalah," luahnya ketika di temui di lokasi runtuhan tanah Bukit Antarabangsa.

Sebenarnya kelebihan Mohamad Sabu terbukti bukan sahaja petah berbahas tetapi dapat mematahkan hujah pihak lawan (BN) ketika menjadi Ahli Parlimen dahulu, tegas Nuridah.

Beliau meluahkan, sayang jika pihak PAS tidak mengambil kesempatan ini untuk menaikan imej PAS dengan ketrampilan yang ada pada Mohamad Sabu.

Pandangan Nuridah itu disokong oleh Wan Hasrina Wan Hassan yang menegaskan Mohamad Sabu sudah lama berjuang dalam PAS dan mengakui bekas tahanan ISA itu mempunyai kehebatan tersendiri.

Katanya, jarang ditemui pimpinan PAS mempunyai keistemewaan seperti Mohamad Sabu kerana ketika menjadi Ahli Parlimen kebolehan atau keistemewaan beliau turut diakui oleh wakil rakyat BN.

Beliau yakin Mohamad tidak akan merajuk jika tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya kecil nanti sebab beliau merupakan seorang pemimpin PAS yang berjiwa besar, bersemangat jihad yang tinggi dan betul-betul ikhlas dalam perjuangan.

Sebagai contoh katanya ustaz Hassan Syukri walaupun pernah menjadi Timbalan Presiden PAS dan sekarang tidak mempunyai apa-apa jawatan sekadar ahli Majlis Syura Ulama tetapi beliau tetap terus memberi sumbangan dalam parti.

"Kita pasti rugi jika mengenepikan orang veteran daripada sudut perjuangan kerana tenaga pimpinan seperti ini masih amat berguna," tegasnya.

Menurut beliau Mohamad Sabu mempunyai pengalaman yang banyak dalam perjuangan sejak PAS tidak menang kemudian menang dan ketika menang beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan tetapi perjuangannya tetap utuh dalam PAS.

Sikap ramah dan kemampuan yang ada pada beliau serta kehebatannya menarik pengaruh orang terutama ketika berceramah tidak dimiliki oleh mana- mana pimpinan PAS, katanya.

"Beliau boleh mengupas isu dalam bentuk yang mudah bahasa yang diucapkan mudah difahami oleh orang kampung begitu juga golongan intelektual dan beliau boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana golongan," luah Hasrina.

Tambah beliau, Mohamad Sabu merupakan pimpinan yang boleh dibawa ke tengah, ke atas, ke tepi, ke bawah dan PAS akan kerugian besar jika mengenepikan pimpinan seperti beliau. - Hrkh

Gambar hiasan: Haji Mohamad Sabu menyempurnakan Majlis Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke-48 yang lalu

~ Thinking of Life

9 Dis 2008

Boleh berjabat tangan dengan wanita dalam keadaan tertentu?


jakim1

Boleh berjabat tangan dengan wanita

Dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah dibolehkan.

Demikian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan melalui pekeliling bertarikh 28 Oktober lalu tentang panduan hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi.

Selain dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, kenyataan tersebut menjelaskan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam.

Menurut pekeliling tersebut , Fatwa itu adalah berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-79

Setelah membaca kenyataan tersebut , timbul pertanyaan seperti berikut:

Bagaimana contohnya yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘keadaan yang sukar dielakkan’ itu ?

Bagaimana pula maksud dengan ungkapan ‘dalam keadaan terkawal’ ?

3. Kalau sudah dibolehkan kenapa pula ‘tidak boleh dijadikan budaya’ ? Apa
maksudnya?

Saya menalipon pihak tertentu di Jabatan Mufti Perak untuk penjelasan lanjut.Beliau berkata : “Umpamanya seorang permaisuri, contohnya, menghulurkan tangan , kalau tidak disambut tentulah akan mengaibkan baginda…,” katanya.

“Tapi, bukankah tugas penasihat ugama diraja seperti Dato Mufti untuk menjelaskan keadaan hukum seperti ini Ustaz?” Tidakkah kita telah meletakkan seorang hamba lebih mulia dari hukum Tuhannya?” tanya saya.

“Setakad penasihat sahajalah…” kata ustaz tersebut.

Kami sembang-sembang (off the record) lebih kurang dan saya ucapkan terima kasih kepada beliau lalu meletakkan gagang telefon.Saya mendongak kesiling dan teringatkan kisah lama Dato Hasan Din kena tempeleng gara-gara menegur orang tertentu memakai gelang tangan emas……

http://alhusseyn51.blogspot.com

15 Nov 2008

SUBHANALLAH !!!

SUBHANALLAH !!! ALLAHU AKHBAR!! Saya terkejut melihat gambar yang dikirimkan kepada saya. Gambar Ali Ghufran @ Mukhlas, Iman Samudera dan Amrozi sebelum dikebumikan.

Berdasarkan gambar itu saya rasa ada cerita semasa hidup mereka yang disembunyikan dari pengetahuan kita. Namun selepas kematian mereka, wajah mereka bagaikan menceritakan segala-galanya kepada kita. Benarkah mereka pengganas. Wajah pengganaskah yg anda sedang lihat ini.


Wajah Imam Samudra

Misteri Tanda Syahid Amrozi Cs Terkuak

Tiada kata yang terucap melainkan kalimat takbir, Allahu Akbar, atas kondisi jenasah ketiga syuhada Bali. Betapa tidak, ketiga syuhada tersebut sangat jelas menampakkan tanda-tanda sebagai syahid seperti yang biasa ditemui di kancah peperangan, meski mereka 'tidak sedang berperang' melawan musuh Islam.

Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya Kantor Berita Islam Muslimdaily.net mendapat ijin dari pihak keluarga, yang diwakili oleh Bp. Ali Fauzi, untuk mempublikasikan photo dua mujahid Bali yakni Amrozi dan Ust. Mukhlas. Bp Ali Fauzi berpesan agar photo ini disebarluaskan untuk memberikan bukti nyata atas misteri dan polemik yang terjadi ke atas Mujahid Bali, terutama Syuhada Tenggulun, terkait status mereka, apakah mati syahid atau tidak. Disamping itu memberikan hikmah nyata kepada seluruh kaum Muslimin bahwa perjuangan Islam yang mereka lakukan benar-benar ikhlas untuk tingginya kalimat Allah, dan bukan sekedar untuk aksi pamer.

Sebagaimana syuhada yang gugur dalam medan jihad, photo kedua syuhada Tenggulun terlihat tersenyum dengan barisan gigi yang terlihat rapi. Apalagi yang terjadi dengan Amrozi. Senyuman khas "The Smiling Bomber" yang seiring dengan kedua mata yang terbuka, terlihat seakan-akan bertemu dengan sesuatu yang membuat kagum. Mungkin sepasang bidadari yang menyambut ramah.

Kondisi tak jauh berbeda terjadi dengan jenasah Ust. Mukhlas. Ulama yang jago berorasi ini memperlihatkan senyuman dengan mata yang juga terbuka. Wajah bersih pun menjadi pertanda yang lain. Wajah bersih yang juga dimiliki oleh sang "Mujahid Hacker," Imam Samudera alias Abdul Azis. Imam memperlihatkan wajah tampan dan bersih, persis dengan kondisi Ust. Mukhlas.

Disamping analisis photo ketiga Mujahid Bali tersebut, keterangan dari lapangan makin memperkuat bukti bahwa ketiga pelaku aksi jihad tersebut adalah para Mujahidin, mereka telah memiliki niat yang tulus dan menemui kematian sebagai seorang syuhada. Berikut adalah bukti dan persaksian dari lapangan.

  1. Salah satu pelayat yang kebetulan ikut hadir di kediaman Hj. Tariyem adalah Ust. Abdul Rachim Ba'asyir. Menyaksikan bahwa ketika keranda jenasah masuk dan kain penutup keranda dibuka, sontak tercium bau wangi yang menyebar ke seluruh ruangan. Kejadian ini sempat membuat keheranan para pelayat, karena didalam ruangan yang sempit tersebut udara sangat pengap dan pengunjung berjubel dalam satu ruangan. Bila merupakan wangi dari minyak wangi, tak akan mampu mengalahkan bau badan para pengunjung dan tidak akan dapat memberikan aroma dengan kadar wangi yang sama." Allahu Akbar. Itu bukan bau minyak wangi. Bukan. Tapi bau wangi dari asy syahid," kata beliau.
  2. Selain itu, masih menurut Ust, Abdul Rachim, ketika kain penutup wajah dari Ust. Mukhlas di buka, terlihat jelas bulir-bulir keringat menempel di bagian muka. Kondisi yang sama yang terjadi dengan mereka yang masih hidup dan dalam kondisi kegerahan. Seakan Ust. Mukhlas merasakan kegerahan yang sama yang dengan kegerahan yang dialami oleh para pelayat beliau.
  3. Sebagaimana dilansir oleh beberapa media nasional, seperti detik.com, nampak jelas terlihat fenomena datangnya tiga burung hitam di atas kediaman syuhada. Ketiga burung ini jelas bukan burung Gagak seperti yang banyak diberitakan di media, karena memiliki leher yang panjang. Mereka datang begitu saja berputar-putar selama kurang lebih tujuh menit, dan kemudian pergi berpencar. Dua burung hitam terbang ke arah Timur, mereka merepresentasikan diterimanya amalan jihad Ust Mukhlas dan Amrozi, dan satu burung hitam terbang ke Barat, sebagai pertanda syahid atas diri 'Mujahid Hacker' Imam Samudera. Fenomena datangnya burung hitam ini sempat membuat suasana haru dengan teriakan takbir para pelayat.
  4. Seperti penuturan adik kandung Imam Samudera, Lulu Jamaludin, kakaknya menampakkan keanehan ketika akan dimasukkan dalam liang lahat. Bau wangi juga tercium dari jenasah Imam. Selain itu luka bekas tembakan peluru tajam terus menerus mengalirkan darah segar. Aliran darah ini keluar seperti yang terjadi dengan seseorang yang masih hidup ketika terluka. Masih menurut Lulu juga, wajah kakaknya lebih bersih dan tampan dari biasanya.
  5. Kabar terakhir baru saja diterima oleh salah satu kru muslimdaily.net. Beberapa hari yang lalu, tepatnya tiga hari setelah pemakaman Amrozi dan Ust. Mukhlas, keluarga Hj. Tariyem meminta beberapa orang untuk menjaga makam. Hal ini dilakukan untuk menghindari dan menjaga hal-hal yang tidak diinginkan. Beberapa diantara mereka yang ikut jaga adalah Sumarno, Baror, Rosyidin, Mashudi dan beberapa santri pondok Al Islam Tenggulun Lamongan. Mereka mengatakan mencium bau wangi keluar dari dalam kubur (makam). Bau wangi yang sama saat mereka pertama kali membuka kain penutup jenasah syuhada. Namun, bau wangi ini bukan seperti bau dari minyak wangi yang biasa mereka pakai atau dipakai oleh orang kebanyakan.


Jelas sudah keterangan yang diberikan Allah s.w.t. lewat kebesaran-Nya. Meski banyak pihak yang membantah, memberikan suara sumbang, dan menggalang opini massa untuk memojokkan status para Mujahid Bali, serta membuat makar melalui kaki tangan aparat pemerintah, namun Allah berkehendak lain. Dan siapakah sebaik-baik pembuat makar ? (far/MD)m ~ Nik HassanAzmi

13 Nov 2008

Video Klip Sajak Kematian Di Sekolah !!

Video Kontroversi: Sajak Kematian Yang Hangat Diperkatakan
[Video Ini Kini Menjadi Perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia]

1 Ogo 2008

Usia 54 tahun : Muktamar PAS kembalikan nostalgia - malaysiakini


Setelah usianya 54 tahun, PAS kali ini mengadakan muktamarnya dalam suasana "kemenangan besar" selepas pilihanraya umum Mac lalu di negeri kelahirannya Perak.

"PAS Perak minta muktamar diadakan di sini untuk mengembalikan nostalgia lama kerana PAS mula ditubuhkan di sini (di Gunung Semanggol)," kata setiausaha urusetia muktamar tahun ini Syed Mohamad Syed Hassan.

Pertemuan selama lima hari di Ipoh - negeri yang kini bermenteri besar wakilnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - dijangka dihadiri lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara bermula 13 Ogos.

Penolong setiausahanya Salman Salleh pula berkata persiapan untuk acara tahunan itu kini di tahap akhir iaitu menyiapkan pentas dan semua bahan persidangan.

Menurutnya, majlis perasmian dan ucapan dasar disempurnakan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 15 Ogos bermula jam 8 pagi di Stadium Tertutup Indera Mulia.

Manakala perbahasan penuh muktamar akan berlangsung di tempat yang sama pada jam 2.30 petang.

Sebelum itu, katanya, tiga sayap parti iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan mengadakan muktamar mereka berasingan pada 13 dan 14 Ogos.

Dewan Ulama bermesyuarat pada 14 Ogos di Dewan Bandaran, berhadapan dengan Hotel Majestic, Ipoh. Ia akan dirasmikan sendiri oleh ketuanya Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Menurut setiausaha Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof, muktamar dewan itu berlangsung pada 13 Ogos di stadium tertutup itu jam 8 malam. Ia akan dirasmikan oleh timbalan presiden PAS Nasaruddin Mat Isa.

Manakala Dewan Muslimat, menurut setiausahanya Aiman Athirah al-Jundi, akan bertemu pada 14 Ogos di Hotel Hill City. Ia akan dirasmikan oleh naib presidennya Mohamad Sabu.

Menutut Salman tema muktamar tahun ini belum dimaklumkan kepada pihak urusetia.

Beliau juga memaklumkan terdapat gerai-gerai untuk berniaga yang buka di sebelah stadium tertutup tersebut.

Selain bermesyuarat, tambahnya, muktamar ini turut diserikan konsert kesenian Islam, forum perdana dan ceramah perdana.

Ditanya isu-isu hangat yang akan dibincangkan dalam pertemuan nasioanl itu, Salman berkata:

"Isu muqabalah dan muzakarah dengan Umno kemungkinan akan menjadi isu hangat yang akan dibincangkan dalam muktamar ini.

"Selain itu, isu tentang keahlian orang-orang bukan Islam (penyokong bukan Islam PAS) akan dibahaskan dalam muktamar kali ini."

Beliau menjelaskan isu-isu berbangkit bagaimanapun bergantung kepada perwakilan-perwakilan setiap negeri untuk dibahas bergantung pada usul yang dikemukakan.

Ucapan penggulungan muktamar disampaikan oleh Abdul Hadi 8 pagi 17 Ogos.sumber asal

SEJARAH PENUBUHAN PAS

HARAKAH RM2 MULAI 15 OGOS - malaysiakini


Media rasmi PAS Harakah edisi baru akan menemui pembaca pertengahan bulan ini dengan wajah baru, lebih banyak berita, lebih nipis dan lebih murah.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini, ia akan berada di pasaran pada setiap Isnin dan Jumaat seperti sebelum kekerapannya dikurangkan dua kali sebulan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada awal 2000.

Harganya kini RM2.50 akan dikurangkan kepada RM2, manakala tebalnya dikurangkan daripada 80 kepada 56 halaman.

harakah and kementerian dalam negeri home affairs ministry permitMenurtunya, edisi baru dijadual dilancarkan secara rasmi ketika muktamar parti itu di Ipoh pada 15 Ogos oleh presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kali ini, Harakah mahu menjadi sebuah akhbar yang betul-betul akhbar," katanya, sambil ketawa kecil.

KDN mengembalikan permit asal organ PAS itu pada 23 Jun lalu selepas lembaga pengarah Harakah memohon sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Sebelum pilihanraya umum, jumlah edarannya kira-kira 140,000 naskhah tetapi telah meningkatkan kepada 250,000 naskhah sekarang. sumber asal

Anwar terhutang budi pada Wan Azizah - Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada isterinya, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail yang sanggup melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada beliau bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan berkenaan.

Menurut Anwar, Wan Azizah yang juga Presiden PKR telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli parlimen dengan cemerlang dan efektif.

“Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif,” katanya, sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.

Anwar bukanlah nama yang asing di Parlimen Permatang Pauh.
LAGI


SUMBER BERKAITAN

DSAI akan buat Pak Lah terus tertekan dengan kehadirannya ke Parlimen? - Malaysiakini


Pastinya parlimen akan bergegar lagi dengan kehadiran tokoh yang begitu digeruni Barisan Nasional (BN) sekiranya memenangi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Oleh itu dalam tempoh dua bulan dari sekarang kemungkinan besar Dato� Seri Anwar Ibrahim akan menjadi anggota baru Dewan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, sekiranya kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat sudah tentu akan mewujudkan tekanan baru kepada kepemimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Niatnya sebelum ini hendak berpaut kepada PAS bagi melanjutkan penerimaan kepimpinannya dalam Umno sebaliknya berhadapan dengan situasi baru pula," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Presiden KeADILan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menghantar surat meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. LAGI

SUMBER :
Harakahdaily
Malaysiakini

31 Jul 2008

Azizah kosongkan kerusi Ptg Pauh - Malaysiakini


Aku sudah kata...2 hari lepas, ambo pernah bertanya kepada pembantu kepada YB PKR di kelantan, Mengapa DSAI tidak tetap pendirian dengan untuk bertanding Pilihanraya Kecil... Sekejap kata Bandar Tun Razak... sekejap kata bertanding di Bandar Baru-Kulim... dan ada setengah maklumat kata bertanding di Lembah Pantai...
Tetapi rupanya ilmu ambo dalam Politik ni rupanya baru setahun jagung... Salah satu sebab kenyataan ini berubah sebenarnya mengikut maklumat (tidak pasti fakta sebenar) bahawa di Parlimen Bandar Tun Razak rupanya sudah hampir 15 Ribu pengundi baru dipindahkan ke situ untuk menyekat DSAI daripada menjadi seorang YB. Bijak-bijak....gitu rupanya.. Lagi

29 Jul 2008

Uncle Pet challenges RPK - Malaysiakini

A close relative of Mohd Saiful Bukhari Azlan echoed police sentiments today, rubbishing claims that his nephew had not been sodomised. Full story at Malaysiakini.com

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.