Boleh berjabat tangan dengan wanita
Dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah dibolehkan.
Demikian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan melalui pekeliling bertarikh 28 Oktober lalu tentang panduan hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi.
Selain dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, kenyataan tersebut menjelaskan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam.
Menurut pekeliling tersebut , Fatwa itu adalah berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-79
Setelah membaca kenyataan tersebut , timbul pertanyaan seperti berikut:
Bagaimana contohnya yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘keadaan yang sukar dielakkan’ itu ?
Bagaimana pula maksud dengan ungkapan ‘dalam keadaan terkawal’ ?
3. Kalau sudah dibolehkan kenapa pula ‘tidak boleh dijadikan budaya’ ? Apa
maksudnya?
Saya menalipon pihak tertentu di Jabatan Mufti Perak untuk penjelasan lanjut.Beliau berkata : “Umpamanya seorang permaisuri, contohnya, menghulurkan tangan , kalau tidak disambut tentulah akan mengaibkan baginda…,” katanya.
“Tapi, bukankah tugas penasihat ugama diraja seperti Dato Mufti untuk menjelaskan keadaan hukum seperti ini Ustaz?” Tidakkah kita telah meletakkan seorang hamba lebih mulia dari hukum Tuhannya?” tanya saya.
“Setakad penasihat sahajalah…” kata ustaz tersebut.
Kami sembang-sembang (off the record) lebih kurang dan saya ucapkan terima kasih kepada beliau lalu meletakkan gagang telefon.Saya mendongak kesiling dan teringatkan kisah lama Dato Hasan Din kena tempeleng gara-gara menegur orang tertentu memakai gelang tangan emas……
1 ulasan:
Kita kenalah mengikut keutamaan. Seperti antara bersalam dengan wanita bukan muhrim dengan menjaga aib dan air muka.
Menjaga aib itu lebih penting. Sebagai contoh seorang wanita yang datang dari masyarakat yang tidak menjadi kesalahan bersalaman dengan lelaki telah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita di depan orang ramai. Di waktu itu harus kita bersalam dengan dia, dan tidak harus kita menjatuhkan air mukanya dengan tidak membalas salamnya itu.
Selepas itu barulah kita boleh beritahu dia, Islam tidak menggalakkan lelaki bersalam dengan wanita bukan muhrim.
Berdakwahlah dengan hikmah.
Catat Ulasan