Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

8 Dis 2008

PRK P036; Calon PAS Muda Tempatan Berkelulusan PhD ~ Malaysiakini


Kuala Terengganu –Dewan Pemuda Pas Terengganu semalam sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan.

“Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan maklumat berhubung calon tersebut. Kita tunggu keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat Pas Pusat nanti. Presiden pun masih berada di Mekah. Kita tunggulah.

“Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi.

“Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini,” katanya Akhbar Sinar Harian

Beliau berkata demi-kian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih ingin melihat Naib Presiden Pas, Mohammad Sabu bertanding mewakili parti tersebut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu.

Mengulas lanjut, Azman Shapawi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz adalah bersifat peribadi, tetapi calon yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri adalah melalui keputusan bersama.

Menurut beliau, sekiranya kepimpinan Pas Pusat tidak menerima calon yang dikemukakan itu, Dewan Pemuda bagaimanapun tetap akan mengarahkan seluruh jentera untuk memastikan calon yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu akan mencapai kemenangan.

“Kita tetap menerima calon yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi apa yang kita harapkan adalah cadangan kita diterima, iaitu calon daripada golo-ngan muda dari negeri ini. Apa yang penting sokongan itu selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara Pas bersama pakatan pembangkang.

“Sebelum ini pun kita telah memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Parlimen ini bakal menjadi milik Pas,” katanya.

Beliau berkata, Pas akan berusaha merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan tidak akan memberi kemenangan percuma kepada calon BN.
Kuala Terengganu –Dewan Pemuda Pas Terengganu semalam sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi. (Gambar-kepimpinan kanan Dewan Pemuda PAS Terengganu) Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan.

“Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan maklumat berhubung calon tersebut. Kita tunggu keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat Pas Pusat nanti. Presiden pun masih berada di Mekah. Kita tunggulah.

“Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi.

“Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini,” katanya Akhbar Sinar Harian

Beliau berkata demi-kian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih ingin melihat Naib Presiden Pas, Mohammad Sabu bertanding mewakili parti tersebut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu.

Mengulas lanjut, Azman Shapawi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz adalah bersifat peribadi, tetapi calon yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri adalah melalui keputusan bersama.

Menurut beliau, sekiranya kepimpinan Pas Pusat tidak menerima calon yang dikemukakan itu, Dewan Pemuda bagaimanapun tetap akan mengarahkan seluruh jentera untuk memastikan calon yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu akan mencapai kemenangan.

“Kita tetap menerima calon yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi apa yang kita harapkan adalah cadangan kita diterima, iaitu calon daripada golo-ngan muda dari negeri ini. Apa yang penting sokongan itu selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara Pas bersama pakatan pembangkang.

“Sebelum ini pun kita telah memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Parlimen ini bakal menjadi milik Pas,” katanya.

Beliau berkata, Pas akan berusaha merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan tidak akan memberi kemenangan percuma kepada calon BN.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau nak jadi calon pilihanraya elok lah pilih anak tempatan, sebab kita nak pilih pemimpin bukan nak pilih penceramah agama, kalau nak pilih pemimpin mestilah pemimpin yang betul-betul memahami hati nurani dan dekat di hati masyarakat tempatan.
Kita bukan nak pilih penceramah agama, kalau nak pilih penceramah, tak apalah kita ambil penceramah dari luar, pasti berbondong-bondong orang tempatan nak dengar ceramah dia.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.