Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Feb 2009

Mufti Wilayah, ahli UMNO no: 937786

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilaporkan berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.


Dalam satu kenyataannya, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Mufti yang sama juga pernah berkata "sumpah mubahalah" yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos 2008 adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan.

Begitu mudah seorang mufti mengeluarkan hujjah berdasarkan hadith tanpa memberitahu "Sultan" yang bagaimana yang dikehendaki atau yang dimaksudkan oleh hadith berkenaan.

Sedangkan Anas meriwayatkan:

"Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan Sultan dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan Sultan dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Karena itu, jauhilah mereka." (HR al-Hakim).

Saidina Abu Bakar menegaskan ketika menerima perlantikan sebagai Khalifah, bahawa baginda wajib ditaati jika melaksanakan undang-undang Allah Ta’ala, bukan kerana sebab-sebab lain. Kerana terdapat ulama yang menyembunyikan hakikat ini, maka terjadilah keriuhan gila-gilaan berasaskan kejahilan tentang hukum Islam dan penderhakaan terang-terangan terhadap ajaran Islam.

Imam Ghazali telah mengingatkan umat Islam, terdapat dua jenis ulama: ulama jahat yang menggunakan Islam untuk dunia; ulama baik yang takutkan Allah Ta’ala dan cintakan Nabi SAW dan umat Islam. Sukar mendapat jenis ulama kedua ini, kerana begitu ramai “ulama” yang mengutamakan dunia dan kemewahan hidup. Ulama jenis ini wajib diderhakai seperti SUltan (pemimpin) yang jahat juga wajib diderhakai. Itulah prinsip Islam yang mesti dipegang dan dilaksanakan oleh umat Islam. Tepat dan jelas, tiada apa-apa kekeliruan lagi.

Bila disemak semula rupa-rupanya Mufti ini ialah seorang ahli berdaftar sebuah parti yang sentiasa bersalahan dengan hukum Islam malah tidak pernah menerima Islam di dalam bentuknya yang syumul.

Justeru itulah tidak hairan kenapa Mufti itu menjadi sedemikian perangainya. Greenboc

5 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

jap nak tanya, Mufti kau dok kutuk tu, dia cakap tu betul ke salah ?

kalau betul,Islam ajar tak kira sapa hatta orang gila pun kau kena terima.

kalau salah, kepala berserban dahi hitam janggut panjang pun kena tolak.

saya ulangi : TOLAK

is that clear ?

sumandak bayu berkata...

Salam ust,

Memang sesuai dipanggil ust sebab ulasan ust cukup bawa makna untuk tunjukkan sape Mufti Wilayah.... cuma satu je ust... agama tak boleh dipolitikkan jadi ust ulas macam ni macam ada sesutau yang ndak kena....

Kalo macam tu Mufti patut jan ada keahlian dalam parti amacam ok ndak... oiyooo ramai tu IMAM yang ahli PAS ape pula ceta... abislah periuk nasi dorang kan

taipingmali berkata...

Saya amat bersetuju dgn Mufti, Saya pernah bertanya dengan arwah ustaza yg juga rakan saya, beliau mempunyai hujah yang sama. Ulul amri di negara kita telah memerintah cecara islam dan kita dikehendaki mematuhi dan taat setia kepada raja yang memerintah.

Sebarang usaha jahat untuk menggulingkan kerajaan adalah salah dan melanggar hukum.

Pemerintahan negara adalah sistem demokrasi berparlimen. Gunakan sistem yang sistem yang ada, Sudah tentu akan aman negara.

sekian.z

biskut berkata...

nik aziz dan haji hadilah yang memecah belahkan orang-orang islam dengan fatwa yang mengelirukan...

dulu sumpah seranah anwar ibrahim tapi sekarang dia disanjung...oleh puak pas.

bukan itu menunjukkan ulamak pas yang menggunakan islam untuk tujuan politik.

yeop berkata...

Mufti kta makin teruk.diorang gaji banyak hidup mewah itu yang buat salah pun kata betul. Sekarang dedahkan pulak Mufti Perak. Dulu sibuk dedahkan pasal murtad dan ambil tahu hal terkini orang islam sekarang senyap apa taknya dah kena brainwash ngan Tajol la tu

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.