Mkini : Pilihanraya kecil di Selangor?

Manoharan yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikatakan sedang sedang menimbang untuk melepaskan kerusi itu.
Beliau berkata isu itu timbul mungkin disebabkan bertambahnya bebanan tugas bagi setiap Adun, termasuk kepada isteri Manoharan, S. Pushpaneela yang terpaksa menjadi wakil kepada suaminya.
“Tekanan dari permintaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di setiap pusat perkhidmatan Adun semakin bertambah tetapi isteri Manoharan telah mendapatkan beberapa pekerja untuk membantunya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Bagaimanapun samada beliau, antara pemimpin Hindraf yang ditahan, hanya akan diketahui Sabtu ini.

Manoharan antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008. Beliau merupakan antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007.
Laman web berkenaan memetik sumber sebagai berkata Manoharan sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi itu kerana kecewa tidak dapat memberi khidmat kepada pengundinya selain menyedari beban yang ditanggung isterinya kerana terpaksa membahagikan masa antara menjaga empat anak mereka dan menjaga firma guamannya serta kawasan pilihan raya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan