Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

22 Sep 2009

PAS bantah lagi, gesa konsert Beyonce dibatalkan

Pemuda PAS, yang pernah membantah konsert penyanyi Beyonce Knowles dua tahun lalu sehingga ia terpaksa dibatalkan, meneruskan pendiriannya dengan menggesa kerajaan membatalkan persembahan artis itu di ibu negara bulan depan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, pihaknya mahu kerajaan menarik balik permit membolehkan konsert itu - Beyonce I Am... World Tour Live in Malaysia 2009 diadakan 25 Oktober ini.

"Dewan Pemuda meminta kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab agar menarik balik kebenaran (yang telah diberikan)... apa tujuan membenarkan konsert ini diadakan?

"Kita tidak mahu kebenaran kepada konsert yang menyuntik kerosakan moral dan akhlak muda-mudi," kata Nasrudin ketika dihubungi.

Selain membantah konsert itu buat kali kedua berturut-turut, Dewan Pemuda pernah menyatakan pendiriannya menentang persembahan Rihanna Live in Kuala Lumpur pada Februari lalu dan kumpulan Michael Lears To Rock awal bulan ini. Turut dibantah ialah konsert Mariah Carey.

Bagaimanapun Nasrudin berkata, pihaknya kemungkinan tidak sempat menghantar memorandum kepada kementerian terbabit kerana akan sibuk dengan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan awal bulan depan.

Penyanyi itu sepatutnya mengadakan konsertnya di Malaysia pada 2007 tetapi dibatalkan ekoran bantahan Dewan Pemuda PAS. Seterusnya artis itu mengalihkan lokasi konsertnya ke Jakarta.

Ketika itu Nasrudin merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS.

Knowles yang terkenal dengan gerak tari bootylicious dijadual mengadakan persembahan julung kali di Stadium Nasional, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur ialah salah satu destinasinya dalam siri konsert dunia yang meliputi Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Penganjur konsert itu ialah Marctensia dan UCSI Communications.

Siri konsert dunia itu diadakan sempena pelancaran album ketiganya, I Am… Sasha Fierce yang merangkumi lagu-lagu hit seperti If I Were a Boy, Single Ladies (Put a Ring on It), Halo, Sweet Dreams dan Broken-Hearted Girl.

Nasrudin menambah, pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert itu daripada diadakan.

"Sebaliknya kami akan mengedarkan risalah bagi mendidik peminat-peminatnya daripada menghadiri konsert tersebut," kata beliau sambil menambah, risalah akan diedarkan di pintu masuk konsert itu diadakan kelak.

"Kita bukan antihiburan, bukan menentang semua bentuk hiburan tetapi membantah hiburan-hiburan yang mendorong kepada keruntuhan moral dan persembahan artis yang tidak bersesuaian," katanya. mStar

1 ulasan:

Unknown berkata...

tantawi ni takde keje lain dah ke? yang dia tau desak batal konsert je. ini je ke yang pemuda pas tahu buat. ape kata benarkan dengan bersyarat. pemuda pas ada sama kat konsert tu bagi risalah ke, apa ke. pehtu desak supaya kelakuan penyanyi tu dan yang datang dengar tu jangan melebih2. ini tak, asyik nak bangkang, macam jual arak, cakap dibolehkan untuk bukan islam. macam jugak konsert ni, apa kata bukan islam nanti. hak diorang nak berhibur. kenapa pemuda pas tak pegi bantah disko2 dan pub2 yang bersepah di merata kl tu. itu lagi teruk anak2 muda kita. macam ni je kah kualiti pemuda PAS bawah tantawi?? baik salahudin ayub dulu lagi bagus.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.