Yang tu saya tak nak pertikai. Saya dah tulis fasal good cop dan bad cop. Saya juga bernasib baik kerana ditangkap oleh polis yang melayan saya dengan berhemah dan professional.
Tetapi, baik macam mana pun, mereka tertakluk kepada tugasan dan prosedur. Apa yang dituntut oleh rakyat selama ini ialah supaya polis bertugas demi kepentingan rakyat dan polis tidak disalahgunakan untuk kepentingan ahli-ahli politik kurang ajar yang hendak menyelamatkan hayat politik mereka.
Kita dah tak larat nak tengok dah bagaimana polis digunakan untuk kepentingan ahli-ahli politik kurang ajar dan kebinatangan. Bila diarah oleh ahli-ahli politik kurang ajar, kebinatangan dan berkuasa itu, hampa ingat ada mana-mana pegawai polis yang berani nak bantah?!! Paling-paling pun, dia guna budibicara untuk laksanakan tugas itu.
Kadang-kadang, polis seolah-olah sengaja dijadikan naik angin dan bengis. Saya teringat ketika ditangkap dalam tunjuk perasaan menentang kedatangan pasukan kriket Israel di perkarangan Masjid Ar-Rahman dahulu (saya masuk lokap ja. Mahfuz, Salahuddin dan Haji Amjal yang dikasihi kena jel tiga bulan. Tarbiyyah seperti itulah yang diperlekehkan oleh seorang perwakilan dalam Muktamar Pemuda PAS di Ipoh baru-baru ini ketika beliau lazat sangat memarahi Mahfuz yang memohon maaf. Ketika mendengar dia bercakap begitu, terkeluar dengan tak sengaja dari mulut saya "kurang ajaq sungguh barua ni!" Saya mohon maaf!).
Ketika di Masjid Ar-Rahman itu, saya difahamkan, FRU yang ditugaskan untuk menghadapi tunjuk perasaan tersebut telah dipanggil untuk diberi taklimat tentang "Ops Kriket" pada pukul lima pagi. Kalau taklimat pukul lima pagi, tentulah mereka terpaksa bangun tidur pukul empat pagi atau mungkin lebih awal dari itu.
Bayangkan, nak hadapi tunjuk perasaan selepas solat Jumaat. Tetapi, pukul lima pagi dah mula bertugas, mendengar taklimat dan mengawal entah apa-apa di Masjid Ar-Rahman.
Bila tunjuk perasaan bermula selepas Jumaat, apa nak heran kalau ramai FRU yang naik angin satu badan dan melepaskan geram bagai nak gila?!! Saya tak tuduh mereka dirancang supaya jadi begitu. Saya hanya tertanya-tanya adakah mereka dirancang supaya jadi begitu?
Sebab itulah, saya tak tumpu sangat layanan "sangat baik dan profesional". Polis pun orang macam kita juga. Ada baik dan ada jahat. Alangkan di masjid pun ada yang baik dan datang untuk beribadat serta ada yang jahat dan datang nak curi kasut, apa nak heran kalau ada yang baik dan jahat dalam pasukan polis.
Yang saya persoalkan, apa hak sesiapa pun untuk menahan Hoon Cheng sehingga kira-kira 17 jam? Ketika dicadangkan tahanan tanpa bicara dihadkan kepada 14 hari sahaja, saya pernah tulis, jangankan 14 hari, 14 minit pun tak boleh! Haram menahan rakyat tanpa bicara. Bertentangan dengan natural justice dan lebih dari itu, bertentangan dengan Islam.
Jangankan 17 jam, 17 minit pun tak boleh!
Itu satu hal. Satu lagi, Bernama melaporkan:
...pada pukul 9.30 malam, kira-kira 100 pemimpin dan penyokong parti politik termasuk MCA, Gerakan dan DAP berkumpul di luar perkarangan IPK sambil menyalakan lilin sebagai tanda membantah penahanan wartawan itu.Hampa rasa lagu mana bila baca berita di atas? Hampa nak kata, terbukti belang sebenar Cina? Kalau hampa kata gitu, ratib-ratiblah kata-kata itu sampai terbeliak bijik mata hampa ditarik nyawa oleh Izrail 'a.s.
Hampa cemburu? Kalau hampa cemburu, aku ucap tahniah. Sebab saya pun pernah cemburu dan menghantar email berikut kepada Teresa Kok pada 14/12/05:
Salam,Mungkin akan dipersoalkan, awat, ingat orang Melayu tak bersatu untuk bangsa sendiri? Saya mengaku, Melayu bukan sahaja rajin bersatu malah rajin menolong. Baca email yang diforwardkan oleh kawan saya:
Sambil-sambil kerja on the double malam deadline ni, saya nak sampaikan juga perasaan hati saya kepada YB.
Saya sedih teramat sedih kerana mendapat tahu yang kena ketuk ketampi itu bukan warga China atau orang Cina Malaysia.
Saya sedih kerana saya rasa keterangan wanita itu macam skrip untuk meringankan hukuman dan bagaimana fakta sebenarnya saya tak tahu.
Dan, kalau betullah wanita itu adalah mangsa dalam klip video tu, saya sedih teramat sedih kerana dia bangsa Melayu. Malang sungguh dia Melayu. Dia terpaksa tunggu ahli-ahli politik bangsa Cina untuk membela dia!
Dia perlu tahu, kalaulah guru Melayu apatah lagi guru sekolah agama rakyat yang mati akibat terjerlus kerana bangunan sekolah menjadi tempat anai-anai berpesta, tentulah guru Melayu itu akan mati katak. "Nasib baik" yang mati terjerlus itu guru Cina. Dapat juga peruntukan RM10 juta untuk baik pulih sekolah hingga Hisamuddin kata dia akan resign kalau tak cukup.
Berbanggalah jadi orang Cina, kerana kerajaan bukan sahaja tak mahu mangsa ketuk ketampi itu sebenarnya warga China, malah berbangsa Cina pun kerajaan tak mahu!
Akhirnya bergemerlapanlah skrip pengurang hukuman di kaca-kaca tv! Untungnya jadi orang Cina! Orang Cina selalu kata mereka jadi mangsa diskriminasi etc etc. Tapi, kalau kaji-kaji balik, yang paling teruk diganasi, diperkuda dan diperbodoh oleh Umno/BN ialah bangsaku, Melayu!
Bersyukurlah kepada Tuhan kerana dilahirkan sebagai orang Cina di tanah air kita yang tercinta ini! Salam..
Bila Mahathir dipecat dari Umno pada 1969, dia gunakan pentas Pas menghentam Tunku Ab Rahman. Akhrnya Mahathir kembali ke Umno. Pas tolong Mahathir yang malang.1988, bila Tengku Razaleigh tuboh Semangat 46, ia bekerjasama dengan Pas lawan Umno/BN. Pas tolong Ku Li dan Semangat 46 yang malang.Bila Anwar dipecat dari Umno pada 1998, Keadilan berpakat dengan Pas pula lawan Umno/BN. Pas tolong Anwar yang malang.2008, sekali lagi Pas berpakat dengan keadilan lawan Umno/BN. Umno/BN hilang 5 negeri dan hilang majoriti dua pertiga di parlimen. Pas tolong Anwar yang malang lagi.
Dan.... jeng jeng.. bila Umno/BN akan kalah pada 2012 nanti, Pas akan berpakat dengan Umno pula membentuk kerajaan "demi Islam dan Melayu".
Pas akan sentiasa menolong orang malang. Kalau ada umur dapatlah kita lihat sejarah ini berlaku. Sekarang telah ada usaha-usaha berterusan pimpinan 'berhubung' dan 'membuat persefahaman' untuk pilihanraya akan datang. Jika pemimpin Pas turun ke bawah menerangkan kepentingan bersama dengan Umno/BN, ahli bawahan Pas akan cair mendengar hujah tersebut. Golongan ustazlah lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Umno/BN!!!
Sumber ~ Penarik Beca
1 ulasan:
Jom lakukan HARTAL untuk selamatkan negara tercinta ini.
BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA SEKARANG!
MANSUHKAN ISA SEKARANG!
Let's do HARTAL for our beloved country.
FREE ALL ISA DETAINEES NOW!
ABOLISH ISA NOW!
Catat Ulasan