Sidang tergempar itu perlu diadakan selewat-lewatnya pada Selasa depan (23 September 2008).
Desakan tersebut dibuat bersesuaian dengan Peraturan 11(3) Parlimen yang membolehkan sidang tergempar itu diadakan berdasarkan keadaan politik semasa.
Surat tersebut ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Perihal mengutuskan surat kepada Perdana Menteri itu disampaikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang diadakan dua hari selepas tarikh yang diuar-uarkan oleh beliau untuk mengambil alih kerajaan pusat.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan beberapa pemimpin lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan