Apa muslihat Pak Lah tiba-tiba membuat keputusan tersebut tergesa-gesa.
Tindakan di atas tidak pernah berlaku di Negara ini sebelum ini. Sebab itulah ia menimbulkan tandatanya. Antaranya adalah seperti berikut:
Satu: Kenapakah serahkan portfolio kewangan kepada Najib sewaktu dunia di ambang kemelesetan ekonomi yang dahsyat? Adakah kerana Abdullah tidak mampu menangani kemelesetan ekonomi yang akan tiba dan mahu Najib menangani segala-galanya?
Dua: Kenapakah ambil portfolio pertahanan negara di waktu politik negara dalam keadaan kurang mantap? Adakah ini bermakna Abdullah mahu menggunakan ketenteraan untuk menangani sesuatu kemungkinan. Adakah ini untuk menafikan Najib daripada mendapat akses kepada sebarang maklumat keselamatan dan perisikan negara yang lazimnya dalam kawalan polis dan tentera? Adakah tindakan ini akan digandingi dengan pelbagai tindakan sinister?
KETIGA : Sebahagian dari PELAN MEMUJUK Najib supaya tidak menentang Pak Lah pada Pemilihan Umno Disember ini.
KEEMPAT : Pak Lah tak tahu tadbir negara. Ekonomi malaysia sudah teruk, terutama Pasaran saham Bursa Malaysia. Dalam minggu ini sahaja, indeks komposit berada pada paras yang hampir memecah garis psikologi 1000 mata iaitu 1007.23 mata.
KELIMA : Sebahagian plan peralihan kuasa 2010
ATAU
2 ulasan:
Seorang dapat menguatkan kuasa, seorang lagi dapat duit dompet.
Rasa Pak Lah dah Paranoid, gila-kuasa nak kuasa Tentera, itu pun tak percaya Najeeb kot. Maklumlah mungkin perisikan tentera lebih tepat dari Polis. Adik Najeeb tumpang gembira sebab dah boleh buat polisi kewangan negara dan bank dia ler yg untung.
Catat Ulasan