Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Nov 2008

PEWARIS Pengecut.. Lawan Seorang Wanita!!! - Malaysiakini



Ini lah wanita Cina yang menyebabkan kekecohan berlaku sebelum perarakan bermula. Mula2 nya wanita ini merungut kepada kami (jurufoto) yang berada diatas jejantas. Dia kata "Blardy unfair. When you alll Malays apply you get (permit la gamak nya) When the opposition apply they reject. Blardy racist". Kemudian dia turun dan pergi berdepan dengan budak2 yang sedang berkumpul untuk berarak. Berlaku lah jerit menjerit diantara mereka.
Ini lah wanita Cina yang menyebabkan kekecohan berlaku sebelum perarakan bermula. Mula2 nya wanita ini merungut kepada kami (jurufoto) yang berada diatas jejantas. Dia kata “Blardy unfair. When you alll Malays apply you get (permit la gamak nya) When the opposition apply they reject. Blardy racist”. Kemudian dia turun dan pergi berdepan dengan budak2 yang sedang berkumpul untuk berarak. Berlaku lah jerit menjerit diantara mereka.

Kena kejar dan kena penampar oleh kumpulan pondan Pewaris
Kena kejar dan kena penampar oleh kumpulan pondan Pewaris
sampai tersungkur pompuan cina ini dikerjakan oleh kumpulan pondan-pondan Pewaris

Sampai tersungkur pompuan cina ini dikerjakan oleh kumpulan pondan-pondan Pewaris.Anda nilailah sendiri gelagat-gelagak gila Pewaris ini.Tak ada pula Polis yang nak menghalang perhimpunan mereka...

PEWARIS PENGECUT..SEORANG WANITA!!!.hahahaha

Sebuah pertubuhan yang digelar PEWARIS telah mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap hak-hak kepentingan orang Melayu di samping sokongan kuat kepada Akta ISA. Rata-rata di antara mereka yang berhimpun memakai T-Shirt tertera tulisan `YES To ISA’. Slogan hidup Melayu, sokong ISA diselikan dengan takbir menyebut kalimat `Allahu Akbar’ dilaungkan. Amat mendukacitakan, tanpa rasa takut dan gentar kepada Allah SWT kumpulan ini menyeret nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang ini untuk bersama-sama mereka menyokong Akta ISA yang zalim itu. Berita TV BERNAMA melaporkan, hanya lebih kurang 200 orang yang berhimpun tanpa gangguan dari pihak berkuasa dan tanpa pancutan `Water Canon’ jauh sekali dari dibelasah dengan cotar. Itu tidak menghairankan saya kerana sudah biasa melihat situasi begitu. Tetapi, apa yang menghiris hati saya ketika perhimpunan tersebut adalah dua perkara sahaja.

Pertama, saya begitu kesal dan sedih bila melihat kebanyakan daripada mereka yang menyertai kumpulan tersebut adalah terdiri daripada orang-orang tua dan pertengahan umur yang mungkin tidak beberapa lama lagi akan `dijemput’ oleh Allah SWT menemuinya. Golongan-golongan ini bersuara lantang menyebut nama `Allah’ diselang-selikan dengan jeritan menyokong Akta ISA. Terasa hiba juga hati saya betapa nama Allah disebut berserta dengan jeritan mereka menyokong akta yang tiada khilaf lagi dilaknat Allah ini. Apakah Allah meredhai perbuatan mereka ini? Andainya terdapat orang yang melihat perarakan dan perhimpunan tersebut terdiri dari orang bukan Islam, nescaya mereka berfikir bahawa Islam dan Allah juga merestui Akta ISA ini. Alangkah malunya kita yang mengaku beragama Islam jika Tuhan kita dianggap sedemikian rupa.

Perkara Kedua, kumpulan yang digelar PEWARIS ini berperangai seperti `kebudak-budakan‘ dengan menunjukkan `kejantanan’nya apabila mengejar seorang wanita. Amat memalukan, beberapa orang daripada kumpulan yang kononnya dianggap `Pendekar’ Melayu dan `Hero ISA’ ini merasa bangga dapat mengejar hanya seorang wanita. Wanita tersebut difahamkan menyuarakan sikapnya menentang Akta ISA di hadapan kumpulan ini, lantas wanita ini dikejar oleh kumpulan yang berarak secara HARAM ini.sehingga memaksa pihak Polis meleraikannya. Bagi sesiapa yang waras dan menyaksikan `drama’ memalukan tersebut, siapakah yang layak digelar ‘Hero’ sebenarnya? Wanita yang berseorangan yang berani menunjukkan penentangan terhadap Akta ISA ini atau kumpulan PEWARIS yang mengejar wanita tersebut?

Bagi saya, sama ada kumpulan PEWARIS mahupun PERKASA atau letak sahaja apa pun nama yang kononnya berjuang untuk Melayu dan Islam, kedua-duanya sama sahaja. Mereka sebenarnya tiada sokongan dari majoriti orang-orang Melayu apatah lagi dari kaum lain. Kumpulan ini jauh dan terasing daripada orang-orang Melayu apatah lagi dengan Islam. Jika tidak kerana media, tiada siapa pun yang kenal apa itu PEWARIS atau PERKASA. Media banyak membantu mereka kerana perjuangan mereka yang songsang. - kelatekito

4 ulasan:

insan biasa berkata...

keberanian wanita itu sungguh dikagumi.
kebodohan dan keangkuhan pewaris sunggah dikesali.

Memang sedih melihat pemuda-pemuda pewaris tidak memahami erti peri kemanusian dengan menyokong ISA.

Sedarkah merekah bahawa suatu hari nanti anak, cucu atau kawan mereka mungkin menjadi mangsa ISA?

Kenapa membenarkan diri itu diperbodohkan sangat oleh segerombolan manusia yang langsung tidak menghiraukan masa depan rakyat?
Fikirlah sementara kita ada masa!!!

boyanis sos cili berkata...

bagaimana mereka boleh mengatakan memperjuangkan islam..bila seorang wanita menjadi sasaran mereka..apakah mereka tak mampu berhujjah dengan baik atau takut kalah dalam berhujjah sehingga kekerasan menjadi pilihan mereka..inikah pewaris...

Bonekahati berkata...

Errmmm...
janganlah wanita jadi sasaran..
kami golongan yang lemah.

Kak Seri berkata...

alahai dah berapa byk domonstrasi bengok oleh penyokong2 umno tp tak berkesan pun, contohnya masa prk kat K.Trg cewah tunjuk 100 org dari wakaf mempelam masuk umno, tapi yang peliknya apasal org wakaf mempelam cakap kelantan, ish ish ish ntah org kg mana yang diimport,..aku tau la aku org ctu...piiirah!

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.