Isu EXCO Selangor YB Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan, berikutan tersebarnya gambar beliau sedang tidur dalam keadaan kurang sopan. Seperti si pemutar alam TV3 suku malam tadi meminta Calon Ketua Pemuda UMNO, Dr Penyapu untuk membuat ulasan tentang isu tersebut.
“Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain." Jelasnya.
Dr Khir Toyo juga menyamakan isu tersebut dengan isu klip video 'terlampau' Chua Soi Lek di sebuah hotel di Batu Pahat Johor. Sebagaimana dijangka, bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat kenyataan mendesak Eli meletakkan jawatan.
Chua Soi Lek telah meletak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai ahli parlimen dan kemudian kembali semula dalam politik dan menang dengan 'bergaya' jawatan timbalan presiden MCA.
Adakah Elizabeth Wong akan meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor?
Apakah isu Chua Soi Lek dan Elizabeth Wong adalah isu yang sama dan berbeza?
Persoalannya senang sahaja. Gambar yang disebarkan itu adalah gambar Eli sedang tidur. Beliau tidak tahu dan tidak membenarkan gambar itu diambil apatahlagi diedarkan. Menurut sumber, bekas teman lelaki beliau yang mengambil gambar itu. Komen-komen dalam blog menyifatkan tindakan Khir Toyo mendesak Eli meletakkan jawatan atas isu moral sesuatu yang sangat tidak wajar dibuat.
* Membandingkan dengan Chua Soo Lek tidak masuk akal langsung kerana Eli tidak berbuat apa-apa berbanding video Chua.
* Sejak bila, seseorang yang telanjang dalam bilik tidur sendiri dianggap salah.
* Dia bukan ada suami, lainlah kalau dia seorang Muslim.
* Saya yakin, Khir akan menyalahkan anaknya jika anaknya dirogol nanti.
* Usahanya untuk menunjukkan dialah jaguh menjelang perhimpunan agung Umno.Inilah komen-komen terhadap Khir Toyo apabila beliau membuat kenyataan yang mendesak agar Eli meletakkan jawatannya.
Persoalannya, apakah Khir sedar dengan komen-komen ini?
Saya yakin, sebagaimana pemimpin BN di Perak, Khir tidak akan sedar dan tidak akan menghentikan cara berpolitik yang diambilnya kini. Selepas ini, Khir akan berarak lagi (mungkin ke Bukit Lanjan) untuk menceritakan kepada orang ramai “Elizabeth Wong tidur telanjang dalam biliknya”.
Besar kemungkinan juga beliau akan memimpin Pemuda Umno yang menyokongnya berarak ke Istana Melawati sekali lagi mendesak Sultan Selangor agar menitahkan supaya Eli meletakkan jawatan kerana memalukan baginda Sultan.
Di samping Khir Toyo, saya yakin akan ada juga para penyokong Pakatan Rakyat sendiri akan digunakan untuk menekan Eli.
Saya biarkan anda untuk membuat penilaian dan pertimbangan.Bagi saya tak kira siapa baik dari BN dan Pakatan Rakyat jika isunya melibatkan tingkah laku tidak bermoral maka ia tidak layak untuk menjadi pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan