Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

3 Jun 2009

ADMIN PEMUDABESUT bermuktamar

Salam Muktamar

Pagi ini ADMIN PemudaBesut bersama Zul Amal akan bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Muktamar Pemuda yang akan dirasmikan pada malam ini. Oleh kerana ADMIN terpilih menjadi perwakilan Pemuda Negeri dalam Muktamar Pemuda & Perwakilan Kawasan dalam Muktamar Penuh yang akan berakhir 7 Jun nanti. Oleh itu Blog PEMUDABESUT akan tidak terUPDATE buat sepanjang muktamar berlangsung. Jika ada kesempatan di sana ADMIN akan UPDATE

Kita jumpa disana....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oleh FAUZI IRWAN SHAH
bypass308.blogspot.com


Banyak hal macam disusun saja, lepas satu episod, masuk episod seterusnya, lancar dan ngam-ngam.

Ini situasi PKR Manik Urai, ADUN meninggal, SPR umum tarikh PKR, Pas buat kenyataan mahu menang lebih 60%....kini hampir sah Pas akan menang ngamok apabila ADUN BN-Paloh, Nozula Mat muncul dalam episod terkini sebagai badut ayam laga.

Tepat masa dan ketika, beliau mohon maaf secara terbuka kerana tidak sengaja memfitnah Husam Musa. Ini kisah lamalah, agaknya dah 2 tahun Nozula menanggung derita batin kerana niat memburukkan nama, pesonaliti, maruah, kewibawaan Husam sebagai seorang Islam dan pemimpin Pas.

Memang Tuhan turunkan azab ke atas mereka yang menyiksa zahir dan batin orang lain, sesama Islam pula tu.

Apabila sudah tidak tertanggung, akhirnya dia mengalah dan akur tentang dosa yang telah dilakukannya. Dia mohon maaf secara terbuka di akhbar, ikhlas ke tidak, dia saja yang tahu.

Adalah wajar dia mohon maaf dari batangtubuh orang yang telah disiksanya tempoh hari iaitu November 22, 2007. ketika itu dia dengan gerombolan Adun BN UMNO buat sidang akhbar menghebahkan bermacam bentuk rasuah yang kononya dilakukan oleh Husam, siap dengan bukti.

Namun akhirnya baru pecah tembelang, bahawa bukti-bukti itu adalah tulisan yang dilambakkan oleh seorang penulis bernama Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali sebagai blogger MSO.

Untuk berkongsi kisah "huru-hara" akibat tuduhan tersebut, diringkas cerita habis pejabat kerajaan negeri Kelantan, terutamanya pejabat Husam digelidah macam babi hutan mencari ubi.

Tak cukup dengan BPR geledah pula rumah Husam, last-last kes yang lekat ialah Husam tak bayar bil air RM200. Ishhhhh.....sampai ke situ pulak....itu dia hutang dengan Air Kelantan, apahalnya BPR masuk campur pulak, takkan nak dakwa air kelantan kerana tak saman Husam ekoran hutang tersebut.

Kesian, penat lelah BPR berakhir dengan noda kebodohan yang dicipta Nozula. Ertinya rasuah yang dilempar ke atas Husam tidak berasas, tidak wujud, malah tipu! Yang kita faham, kalau laporan polis yang dibuat didapati palsu, akibatnya si pengadu pula yang didakwa polis.

Apa kena pula dengan kes ini? BPR tak terpanggil ke untuk dakwa Nozula yang buat report palsu, memperbodoh dan menyebabkan pegawai BPR sibuk kelabu asap?

Permohonan maaf Nozula itu tak nampak sangat keikhlasannya kerana kalau dia insaf atas dosanya, dah lama dia minta maaf dari Husam, minta ampun dari Tuhan. Tapi tidak, ini dia mohon maaf selepas Husam saman dia dan mahu heret dia ke mahkamah.

Dia minta maaf kerana tidak mahu naik turun mahkamah, atau barangkali dia akan didenda sehingga terlucut status wakil rakyatnya, rosak periuk nasi.

Permohonan maaf sebagai langkah atau cubaan "menutup kes" itu, secara jelas menjatuhkan maruah dirinya, memperlihatkan dirinya kepada rakyat kelantan sebagai umat yang sanggup manabur fitnah dengan mencapai hasrat politik.

Ini bakal menyemarakkan penelitian pengundi Manik Urai terhadap calon berlabelkan UMNO. Nescaya undi UMNO kali ini semakin kuncup.

Apa pun, episod mohon maaf ini menyelamatkan MSO buat seketika, jika Husam tidak berniat menyaman dia dengan tulisannya yang sudah disahkan palsu oleh BPR.

Namun, jika Nozula disaman dan jatuh hukum hilang jawatan ADUN, maka dia kemungkinan besar boleh berbaik dengan YB Fatah Mahmood yang kini rancak angkat sukan tomoi.

Percaya tak Nozula ada bakat jadi ahli tomoi, lihat sahaja sepat terajangnya ketika sidang DUN Kelantan tidak lama dulu.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.