Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

13 Jun 2009

Zaid Ibrahim sertai PKR

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang melepaskan jawatan itu dan senator akhir tahun lalu telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui wartawan sempena Kongres Nasional Khas parti itu di sini hari ini.

Zaid juga hadir pada kongres hari ini yang diadakan untuk membincangkan pindaan perlembagaan parti.

Anwar berkata, penyertaan Zaid akan berkuat kuasa selepas penerimaan permohonannya ditandatangani oleh Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Malah Zaid juga akan dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan Biro Politik PKR, kata Anwar.

Zaid sebelum ini merupakan ahli Umno dan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru dan pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket Barisan Nasional.

Beliau dilantik sebagai anggota Kabinet atas kapasiti sebagai senator oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Bagaimanapun beliau melepaskan jawatannya akhir tahun lalu.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Molek sangat la tu zaid masuk pakatan.sorang lagi ore umno bertobat.tapi zaid kena hati-hati jangan makan umpan umno pulok lepas ni.

Tanpa Nama berkata...

hijrah le namanya tu, hu

Nasir Zaki berkata...

Zaid Ibrahim inilah peguam tegar yang mencabar perlaksanaan hukum hudud.

Tak sangka orang PKR boleh berbangga dengan kehadirannya. Orang PAS apa kata mereka?

Sedangkan Nizar mempersoal bahawa tiada dalam perlembagaan PAS mahu mewujudkan Negara Islam. Mungkin Nizar juga tak ingat lagu PAS, bersama menegak Daulah Islamiyah.

Dulu hormati juga PAS kerana perjuang Islam, la ni, tepuk dada tanya iman.

DR 1221 berkata...

ambo berkenan sangat la

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.