Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

12 Mei 2009

7.30 pagi; Nizar masuk pejabat SUK

Pagi ini lebih kurang 7.45 pagi YAB Dato' Seri Hj Nizar kembali bertugas di Pejabat Menteri Besar. Beliau diiringi oleh EXCO-EXCO Pakatan Rakyat, Setiausaha Politik dan pegawai-pegawai khasnya. Kedatangan Dato' Seri disambut oleh En. Asri, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia di pintu pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Pintu pagar masih dikawal dengan ketat oleh pihak polis dan FRU.

Sesampainya Dato' Seri di pejabatnya, beliau disambut oleh En. Shamsuzaman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan juga beberapa pegawai yang lain. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri tidak ada di pejabatnya ketika Hj Nizar memasuki pejabat MB.

Kembalinya semula YAB Dato' Seri dan seluruh exco dialu-alukan oleh sebahagian besar pegawai dan kakitangan kerajaan negeri. Mereka turut melambai-lambai tangan dari koridor pejabat menyambut ketibaan kami.

Antara tugas pertama YAB Dato' Seri Hj Nizar sebaik masuk pejabat ialah menyampaikan surat pengantungan kerja Dato' Abdul Rahman Hashim sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dato' Ahmad Kamal bin Md Shahid sebagai Penasihat Undang-undang. Penggantungan ini berkuatkuasa serta merta sehingga diberitahu kelak. Beliau turut melantik Pegawai Kewangan Negeri Dato' Jamaluddin Al Amini untuk menjalankan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri. - Misbahul Munir

7.31 pagi - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan Exconya memasuki bangunan SUK pagi tadi - kira-kira 16 jam selepas mahkamah mengisytiharkan beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Pasukan keselamatan hanya membenarkan Nizar dan Exco memasuki kawasan dalam premis tersebut. Media dilarang.


MB Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berbincang dengan pihak polis sebelum memasuki bangunan SUK pagi tadi. Foto mStar Online

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.