Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

11 Mei 2009

Nizar akan menghadap sultan petang nanti??


Sumber yg baru diterima, DS Nizar dijangka akan mengadap Sultan Perak di Istana Perak, petang ini juga. Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!!


Kita diajar bahawa manusia merancang, Allah swt juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah lah sebaik-baik perancangan…….

Begitulah kita dalam menghadapi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi yang mengisytiharkan bahawa Dato Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.. Hakim Abd Aziz Abd Rahim, dalam penghakimannya menyebut bahawa seseorang Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatannya melalui proses undi tidak percaya di dalam dewan sebagaimana yang diputuskan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan pada tahun 1966.

Keputusan ini bermakna Nizar lah Menteri Besar yang sah di Perak kini dan bukannya Dr Zambry Abd Kadir.

Di dalam kes Stepehen Kalong Ningkan lawan Tun Abang Haji Openg dan Tawi Sli, Ketua Menteri Sarawak itu dimaklumkan oleh Gabenur Sarawak ketika itu bahawa beliau telah hilang keyakinan separuh dari ADUN Sarawak dan mohon supaya beliau meletakkan jawatan. Kalong Ningkan enggan atas alasan pelucutuan beliau hanya boleh dibuat melalui undi tidak percaya di dalam dewan yang bersidang.

Begitulah juga kes Nizar dan kini mahkamah kita mendukung keputusan yang sama.

Syabas diucapkan kepada panel peguam Nizar dan seluruh rakyat yang memberikan simpati dan sokongan selama ini. Tetapi kejayaan ini belum muktamad kerana panel peguam Dr Zambry telah pun membuat rayuan terhadap keputusan ini. Persidangan mahkamah mungkin entah sampai bila kesudahannya.

Apa pun kita mengharapkan semua pihak mengiktiraf keputusan mahkamah ini. Yang sebaiknya kini adalah demi memelihara keamanan di Perak dan menjamin kestabilan negeri dan rakyat, MB yang sah sewajarnya mengadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak, memohon agar dewans egera di bubarkan untuk diserahkan kembali mandat kepada rakyat negeri Perak. Biarlah rakyat memutuskan nasib dan masa depan mereka, bukannya mana-mana pihak lain demi menjunjung dan menghormati demokrasi yang sama-sama kita dukung.

1 ulasan:

Anak Bugis berkata...

alhamdulilah..

yang benar sesungguhnya akan mengatasi yg bathil..

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.