Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

3 Feb 2010

Laporan Penuh Perbicaraan DS Anwar Ibrahim





1.45pm: Peguam Karpal Singh dan Ram Karpal tiba di kompleks mahkamah untuk pendengaran kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2.05pm: Naib Presiden PKR Mohd Azmin Ali tiba .

2.22pm: Pengarah Strategi PKR Tian Chua cuba memasuki bangunan mahkamah membawa banner tetapi telah ditahan oleh pegawai polis. Bersamanya ialaj Ketua PKR Hj Abdullah Hukum, Roslan Mat, yang kelihatan cuba berunding dengan polis.

Tian Chua menyatakan tiada sebab polis hendak menahannya kerana membawa banner.

2.23pm: MP Subang MP R. Sivarasa tiba dan cubaberunding dengan polis mengizinkan Tian Chua membawa banner.

2.25pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tokoh veteran DAP Lim Kit Siang tiba. Laungan “Reformasi” kedengaran.

2.37 pm: Bekas Ketua Gerak Malaysia Nazri Yunus, mula melaungkan “Reformasi”. Beliau dan lain-lain membawa banner “Perhimpunan bantah fitnah ke-2.”

2.49pm: Peguam Karpal Singh masuki ruang mahkamah.

3.00pm: Ruang mahkamah sesak, ada yang duduk di lantai.

3.15pm Beberapa orang membantah tindakan polis menghalang Tian Chua, "Bukannya bom, hanya sehelai banner." Polis menolak Tian Chua keluar dari bangunan.

3.16pm: Anwar kelihatan berada di bahagian pendaftaran mahkamah mengesahkan affidavit terhadap rayuannya ke atas keputusan yang tidak memihak kepadanya, iaitu mengenepikan tuduhan ke atasnya.

3.25pm Peguam Karpal Singh sebelumnya menegaskan, "Kami bercadang untuk bertemu semula Presiden Mahkamah Rayuan esok."

3.26pm Karpal menyatakan bahawa ia berdsarkan fakta bahawa keadaan telah berubah. Karpal menyatakan rekod rayuan kini sudah siap "jadi kami boleh meminta presiden mahkamah rayuan menangguhkan kes sehingga rayuan didengari."

3.27pm Anwar memasuki mahkamah ditemani isterinya Wan Azizah dan anak-anaknya.

3.30 pm Pendengaran kes bermula

3.36 pm Karpal meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga pertemuan pihak pembela dengan Mahkamah Rayuan esok.

3.40 pm : Hakim menolak permohonan Karpal, mengarahkan perbicaraan diteruskan

3.42 pm : Karpal meminta senarai saksi-saksi tetapi hakim menyatakan beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini keputusan Mahkamah Persekutuan. Perdebatan hangat diantara hakim dan Karpal tercetus.

3.45 pm :Pertuduhan dibacakan kepada Anwar, tetapi Anwar menyifatkan ia sebagai tuduhan jahat oleh mereka yang berkuasa.

3.49 pm : Pendakwa di dalam kenyataan pembukaan menyatakan mereka akan membuktikan kesan yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan mereka akan mengesahkan tuduhan liwat ke atas Anwar adalah melampaui keraguan. Mereka akan membuktikan evidence terus dari Mohd Saiful dan pengesahan forensik dari doktor dan pakar kimia.

Selain itu, beberapa dokumen sokogan lain akan dikemukakan.

Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden menyatakan Mohd Saiful telah pergi melakukan ujian medikal di hospital KL pada Jun 28, 2008. Contoh tisu Mohd Saiful telah diambil pleh doktor yang memerikasa beliau untuk ujian DNA.

Mohamed Yusof berkata Mohd Saiful telah membuat laporan polis pada hari yang sama ketika insiden liwat itu berlaku di Kondominium Desa Damansara pada Jun 26, 2008.

3.55 pm: Pendakwa memanggil Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi pertama. Seorang anak perempuan Anwar menjerit, "Taubat lah." Mahkamah senyap sepi.

3.36 pm: Saiful memberitahu mahkamah latarbelakang pendidikannya. Beliau menyatakan beliau tidak menamatkan pelajarannya di Uniten kerana keputusan yang lemah kerana kedudukannya sebahai ketua badan pelajar.

3.37 pm: Saiful menyatakan dia malu lantas berhenti dari menyambung pelajarannya.

3.39 pm: Saiful menuding kepada Anwar sebagai tertuduh. Anwar tidak melihat ke arah Saiful.

4.02 pm : Saiful menyatakan tugasnya sebagai Pembantu kepada Anwar termasuklah mengaturkan mesyuarat sulit dengan Ahli-ahli Parlimen yang mahu melompat ke PKR pada waktu itu.

4.05 pm: Saiful mendedahkan gajinya yang rasmi ialah RM1,000 tetapi alaun tidak rasmi untuk ke luarnegara ialah HK$10,000.

4.08 pm : Saiful kelihatan tenang, menyatakan sebab sebenar dia berhenti dari jawatan Pembantu Peribadi adalah kerana "di tidak tahan dipergunakan seperti yang terkandung di dalam pertuduhan".

4.20 pm : Karpal membantah kandungan laporan polis yang menyatakan "kejadian TERAKHIR berlaku pada 26-08-08."

4.25 pm: "Terakhir" bermaksud wujudnya kes-kes terdahulu, katanya. Hakim bersetuju untuk mengeluarkan perkataan itu.

4.30 pm: Di luar mahkamah suasana gamat dengan penyokong Anwar memasang banner dengan ada diantaranya memakai topeng Najib dan Rosmah.

4.35 pm: Polis sedang memantau keadaan. Belum dipastikan samada akan berlaku tangkapan kerana Ketua Polis sudah menyuarakan bahawa tindakan itu sebagai melampau.

4.40 pm Anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar kelihatan meninggalkan kompleks mahkamah.

Tian Chua kelihatan memberikan taklimat dan bersembang dengan penyokong PKR mengenai perbicaraan.

4.53 pm: Saiful menyatakan di Desa Kondo Damansara semasa pertemuan dengan Anwar, dia ditanya, "Can I f*** you?"

5.00 pm: Mahkamah ditangguhkan. Bersambung esok pada 9.30 pagi, hanya berkamera kerana melibatkan sensitiviti pengakuan.

4 ulasan:

Tan Loo Ley berkata...

IBLIS BERTOPENGKAN MANUSIA(SIPOL)DAN PARA KONSPIRATIR LIWAT 2.

MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMENANGKAN YANG HAK DAN MEMADAMKAN YANG BATHIL...

PENUDUH DALAM KES LIWAT 2 ADALAH MANUSIA PALING JIJIK YANG ALLAH JADIKAN DI ATAS MUKA BUMI INI.

pis berkata...

semua yang adalah orang melayu islam. adkah mereka pada pandangan TAN looley tidak ada sezarah imanL rasa takut pada allah. tidak mungkin bukan? mungkin saiful betul sebab tu dia berani bersumpah dengan nama allah. takan kalau keputusan memihak kepada anwar sahaja yang telus, ini tidak adil kepada saiful.

fS-86 berkata...

Bersumpah tanda berani dan betul?

Tan Loo Ley berkata...

sila tunjukkan kitab rujukan pis yang menyatakan melayu adalah islam.

Siapa yang tsk takut dengan pada Allah....membicarakan kes liwat di mahamkah civil terhadap keduanya atau membicarakan kes liwat di mahkamah syariah...tolong jawab yang mana islamik dan yang mana tak islamik.

Tempat perbicaraan pun dah jelas SOMBONG, BONGKAK...Kalau nak adil seperti Islam kata.....BUDAK MALAUN SIPOL TU MESTI BAWA 4 KESAKSIAN..SAKSI HENDAKLAH IKUT SYARAT ISLAM...KALAU TAK DAPAT SEBAT BUDAK MALAUN TU.

Saudara pis ..tolong bercakap dan menulis ikut fakta jangan membabi buta sahaja....

Memang kita kata SANGAT KASAR kerana puak-puak ini kalau cakap elok-elok HRAM JADAH tidak didengarnya atau sekurang-kurangnya tolong ambil perhatian.

Sungguh menyedihakn saudara pis....rujuk kitab mukhtabar...dalam kes apa wujudnya sumpah dengan nama Allah...DALAM KES BUDAK MALAUN NI...TIDAK PERLU SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH...MAHAKAM SYARIAH BOLEH PUTUSKAN..saudara pis...anda faham ke QAZAF?

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.