Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Mohd Saiful (foto) menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR.
"Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin.
"Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat.
"Dia datang kerana mahu pertolongan daripada saya," katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya.
"Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. Tangan seram sejuk," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.
Najib berkata, bekas pemimpin pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.

Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.
Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohon biasiswa.
"Saya biarkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan tapi saya ada hak apabila saya difitnah," tambahnya.
Menjawab soalan pemberita sama ada beliau risau, Najib berkata:
"Saya tidak perlu risau kerana saya percaya kepada sistem".SUMBER

1 ulasan:
Najib memang 'bahlul' (meminjam kata2 P.Ramli) kerana dia fikir orang boleh percaya dengan mmberi alasan Saiful datang jumpa dia minta pertolongan pasal kena liwat.
Yang peliknya ialah kalaulah benar Anwar liwat Saiful, Balai Polis kan ada. Apa specialnya Saiful sehingga Najib, orang no.1 dalam Malaysia, kena ambil tahu. Kecuali semua ini satu episod yang terancang.
Ternyata Najib lebih bodoh dari Pak Lah. Justeru kalau bagi tikus jaga padi, habislah. Itulah yang sedang berlaku kepada Petronas.
Catat Ulasan