Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

12 Feb 2010

Zahrain keluar PKR, bertindak MP Bebas



PETALING JAYA — Setelah dua minggu menafikan akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim (gambar) hari ini mengumumkan pendiriannya meninggalkan parti itu dan akan berperanan sebagai wakil rakyat Bebas.

Ia diumumkan oleh bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu di sini pagi ini.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR pertama berbuat demikian.

Sejak mengkritik keras kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Zahrain telah beberapa kali menafikan akan keluar PKR.

Hari ini Zahrain memberitahu wartawan beliau mula meragui kepimpinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan merujuk tindakan-tindakan Lim yang menurutnya “cauvinis, diktator dan berfikiran komunis.”

Selain beliau beberapa Ahli Parlimen yang lain dikatakan akan keluar menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

“Atas nama Allah, saya ingin umumkan peletakan jawatan saya dari PKR,” kata Zahrain sambil menambah akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas di Parlimen.

Zahrain merupakan pemimpin PKR yang telah dirujuk kepada lembaga disiplin akhir bulan lalu.

Selain Zahrain yang lain dirujuk kepada lembaga disiplin ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Datuk Zaid Ibrahim. themalaysianinsider

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LEPAS NI KITA DENGAR APA PULAK KOMEN YB ZUL YANG ALA2 UMNO...KAHKAHKAH ITU KEHENDAK DIA SO TERPULANG LA BAGINYA KELUAR DARI PKR LAGI BAGUS DARI BERSEKONKOL DGN DAP..MUNGKIN ITULSH KATA2 ZUL KOT...KAHKAHKAH

azman kamarul berkata...

Lagi cepat duri ini dicabut atau cabut sendiri lagi cerah PKR...dan makin hilang sakit akibat duri-duri ini.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.