Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

7 Okt 2009

Mahathir Bertegas Tidak Akan Berkempen Untuk Isa


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan berkempen untuk calon UMNO Barisan Nasional, Isa Samad bagi mengekalkan kerusi N31, Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini.

Keputusan UMNO Barisan Nasional meletakkan Isa Samad sebagai calon dikritik pelbagai pihak berikutan sebelum ini Isa didapati terlibat dengan kes rasuah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin berkata tindakan mantan perdana menteri yang enggan berkempen pada pilihanraya kecil kali ini menunjukkan UMNO BN ketandusan pemimpin yang berkredibiliti dalam menerajui parti.

“Perkara pertama ialah saya menyokong tindakan Tun Dr. Mahathir maknanya beliau bercakap, dia menegur dan dia yakin dengan perkara tersebut iaitu meletakkan Isa Samad akan lebih menambah parah imej Umno BN."

“Tindakan beliau untuk tidak turun berkempen membantu Isa Samad itu adalah tindakan yang betul bagi prinsipnya bagi prinsip yang dipegang oleh Tun Dr. Mahathir,” katanya.

Badrul berkata situasi ini jelas berbeza dengan kesudian Tun Dr Mahathir turun berkempen kepada calon UMNO Barisan semasa pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.

Sambil menyifatkan pemilihan Isa sebagai satu penghinaan UMNO kepada rakyat Bagan Pinang, beliau berkata, parti itu tidak belajar dari kesilapan dengan menonjolkan calon yang disabitkan dengan kesalahan politik wang.

“Kerana selepas hilang kuasa, apa pun yang dicakap sendiri oleh Tun Dr. Mahathir, orang Umno sendiri tidak hormat dan tidak dengar khususnya dalam contoh terdekat dengan pemilihan Isa Samad sebagai calon telah memberi amaran dan menegur terus-terang untuk tidak meletak Isa Samad sebagai calon di Bagan Pinang,” katanya.

Selain itu, beliau turut membidas pendirian retorik UMNO BN dalam membanteras rasuah yang dilihat cukup sebati dengan gagasan itu.

“Pertama saya bersetuju maknanya ramai pemimpin Umno yang terpalit dengan rasuah dan hujah menyatakan Isa Samad seperti pemimpin-pemimpin yang lain dibersihkan telah menjalani hukuman, itu adalah satu pembohongan."

“Dalam kes Isa Samad, dia melakukan politik wang memang itu proses dalam Umno tetapi dia menggunakan peruntukan kerajaan ketika dia selaku menteri wilayah persekutuan tetapi tidak ada proses mahkamah, tidak ada hukum di mahkamah dan BPR pada ketika itu dihalang untuk menyiasat dan mendakwa kes tersebut,” katanya.

Badrul optimis Pakatan Rakyat mampu menawan kerusi DUN Bagan Pinang meskipun kawasan itu diwar- warkan sebagai kubu kuat UMNO Barisan Nasional.

Beliau juga tidak menolak Isa Samad berkemungkinan besar akan memenangi kerusi berkenaan jika dilihat dari pengalaman UMNO Barisan Nasional sebelum ini yang secara konsisten menggunakan taktik kotor untuk memenangi kerusi pada mana- mana pilihanraya.

“Pertama sekali saya tidak menolak kemungkinan bahawa Tan Sri Isa masih boleh memenangi pilihan raya tersebut dengan penyalahan penggunaan jentera kerajaan dan penipuan yang dibuat oleh SPR melalui undi pos, manipulasi dan sebagainya jadi dia boleh menang.

“Tetapi kalau undi biasa rakyat, kita dapat melihat penolakan rakyat tetapi apa signifikasi dan mesej yang jelas yang kita lihat dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

Pilihanraya kecil ini didakan apabila penyandang kerusi ini, Azman Mohd Noor dari UMNO Barisan Nasional meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah 4 September lalu.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.