Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, kapal-kapal kita yang dipunyai oleh MISC telah diserang dan diambil alih oleh lanun-lanun dan kita terpaksa membuang masa, merugikan keuntungan kita dan akhirnya membayar pampasan atau ugutan kepada lanun-lanun ini.
Jadi untuk keselamatan lebih kurang 2,000 orang kakitangan Petronas dan mungkin kakitangan-kakitangan negara kita yang berkhidmat untuk negara seperti Petronas ini, adakah pihak kerajaan mempunyai urusan dengan pihak-pihak keselamatan antarabangsa dan juga dengan kementerian-kementerian kita yang bertanggungjawab tentang keselamatan termasuk polis dan tentera untuk memastikan bahawa rakyat kita ini diawasi keselamatan mereka dan akan ada tindakan segera, bukan sebagaimana yang kita alami dalam kes-kes kapal ini jika perkara seperti itu berlaku pula kepada anggota Petronas kita ini. Terima kasih.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Amirsham A. Aziz]: Terima kasih Yang Berhormat. Kejadian serangan kapal MISC baru-baru ini di Somalia memang satu kejadian yang menyedihkan tetapi di peringkat kerajaan, pasukan navy ataupun tentera laut telah pun dihantar untuk mengiring kapal-kapal
Malaysia ataupun kapal-kapal MISC di kawasan yang agak berbahaya itu.
Di peringkat antarabangsa, kita pun telah mencadangkan di UN supaya dapat bekerjasama dengan pasukanpasukan keselamatan dari pelbagai negara untuk mengawasi di kawasan Telok Eden itu supaya
dapat syarikat-syarikat perkapalan dapat berjalan dengan lancar, tidak akan mengganggu perdagangan dunia.
Dari segi lain-lain keselamatan yang diambil oleh Petronas untuk menjaga keselamatan kakitangannya yang berada di luar negeri. Itu adalah satu-satunya pelan risiko yang Petronas terus ambil untuk mengatasi sekiranya ada kejadian-kejadian yang tidak diingini.
Bukan sahaja dari segi ancaman daripada lanun dan juga keselamatan daripada ancaman seperti gempa bumi dan sebagainya. Itu biasanya diamalkan oleh tiap-tiap syarikat antarabangsa seperti Petronas dan juga syarikat-syarikat Malaysia yang beroperasi di antarabangsa. Terima kasih.
Soalan asal
Tuan Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah ‘technical staff’ Petronas di luar negara dan berapa peratuskah dari jurutera dan sebagainya ini terdiri daripada warganegara Malaysia.
RUJUKAN: 23 Oktober 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan