Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

23 Okt 2008

Angkasawan Negara jadi 'Jutawan Segera' ~ Malaysiakini

Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Hrkh)-Angkasawan pertama negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha didakwa mengenakan bayaran sejumlah RM8,000.00 untuk satu jam berceramah, semenjak menerima pelbagai jemputan di seluruh negara setibanya dari angkasa lepas 21 Oktober tahun lalu.

Bayaran tersebut tidak termasuk penginapan hotel, tambang pengangkutan seperti penerbangan bagi ceramah yang diadakan di luar kawasan atau 'long distance' seperti Sabah dan Sarawak.

Menurut satu sumber korporat, Sheikh Muszaphar boleh memperolehi kira-kira RM1.2 juta hasil bayaran yang ditetapkan sehingga boleh menjadi 'jutawan segera' dalam masa singkat jika dikira secara purata sejumlah 150 badan korporat yang menganjurkan ceramah angkasawan sebelum ini.

Ramai yang telah membuat aduan dan dakwaan bahawa angkasawan terbabit tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sheikh Muszaphar juga pernah menjawab kritikan lantaran dilihat menyertai kempen-kempen pilihan raya ke-12 lalu di bawah anjuran Barisan Nasinonal (BN).

"Saya kini milik negara dan kehadiran saya hanya untuk memenuhi undangan bagi sesi ceramah motivasi kepada pelajar, jadi saya tidak melihat majlis ini mempunyai agenda tertentu, sama ada untuk membantu kempen pilihan raya dan sebagainya," katanya yang dipetik daripada Bernama 26 Februari lalu.~ Azamin Amin

2 ulasan:

matador berkata...

Lu ingat kalo mamat ni bukan anak dato, kira macam orang biase, boleh terpilih ke jadi Pelancong Yang di Bayar Rakyat? Jangan harap.

Yang nombor dua pun dan nak mula tunjuk taring gak. Iklan sana sini. Ntah keje apa dia buat kat kem askar. Askar lain keje berpuluh tahun tak dapat pingat, die baru berhingus dah dapat pingat KAT.

al-brangi Online berkata...

Pelancong terhormat, pergi dengan duit rakyat, sampai di atas tiup belon bulat-bulat, turun ke bumi pimpin tangan 'mak we' naik meluat

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.