Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

4 Mac 2009

Raja Pasir Dua Butir 'bersidang' di bawah pokok




Persidangan 'kerajaan buangan' di bawah pokok ini disebabkan terdapat pihak yang terlalu kemaruk untuk berkuasa. Rampasan kuasa yang dilakukan oleh 'Raja Pasola' dari negeri Pasir Berdengung begitu caca marba sehingga menjadi lawak jenaka dan perhatian dunia. Pertembungan yang melibatkan kuasa dan maruah. (psssst .. ada lambang PAS kat topi)

P. Ramlee sudah ramal sidang DUN bawah pokok

Dharmala NS

Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Dato' Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam 28 Februari lalu di samping Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang dialognya menyebut: "Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato' yang bikin."

Langkah 'rampasan kuasa' di Perak memang dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' semuanya menjadi �halal�. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap 'akulah aku' dengan tak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca.

Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato' yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: Mesyuarat Bawah Pokok tinggallah di bawah pokok".

Menteri Fasola tidak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titran lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah.

Dato' Seri Najib yang terlalu ghairah dengan kerusi Perdana Menteri juga secara rasional di atas kertas memang 'takkan lari gunung dikejar'.

Tetapi William Shakespear ketika menghasilkan drama popularnya 'MacBeth', sukar menggapai harapan sekadar bersandarkan ramalan tukang-tukang tilik yang setia berkhidmat dengannya.

Hingga si tukang tilik mempengaruhi Lady MacBeth, mengenai pokok-pokok akan bergerak sebagai tanda kejayaan matlamatnya.

Justeru, kebencian rakyat Perak sekarang bukan kepada Umno, tetapi Dato� Seri Najib yang jelas terbabit dalam segala insiden di Perak sekarang ini. -azm (Artikel ini dipetik daripada laman blog Dharmala NS, sasterawan Melayu yang mengetuai Warga Prihatin Malaysia - PRIMA)

1 ulasan:

yeop berkata...

Lepas ni aku harap sultan perak kalau tak dengar cakap rakyat akan jadi seperti ini. Amin

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.