Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

9 Feb 2009

YB. BUKIT SELAMBAU MELETAK JAWATAN? ~ Malaysiakini

Belum pun sampai seminggu UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak "merampas kuasa" di negeri Perak, kini khabarnya mereka sudah mula melebarkan sayapnya pula ke negeri "Jelapang Padi" Kedah Darul Aman. Najib seboleh-bolehnya akan menggunakan segala kekuatan, jentera dan kewangan untuk "membeli" serta "memaksa" ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Agenda beliau jelas, dimana Najib mahu seboleh-bolehnya tiga negeri utama yang dikuasai Pakatan Rakyat dengan "majoriti mudah" seperti Perak, Kedah dan Selangor dirampas semula secara paksa sebelum beliau mengambil alih kuasa. Biarpun rakyat kecewa dan melihat senario ini, namun itulah wajah sebenar anakanda mantan PM Allahyarham Tun Abdul Razak ini.

Kelibatnya jauh sekali bagai langit dan bumi jika mahu dibandingkan dengan ayahandanya itu. Kini Najib menggerakkan seluruh kekuatan juak-juaknya untuk mengganyang pula Kerajaan Negeri Kedah. Berbagai isu-isu sensitif yang akan dibangkitkan bagi mengelirukan rakyat. Modus Operandinya hampir sama denngan apa yang dilakukan di Perak dulu. Bermula dengan "umpan wanita" seterusnya "rasuah". Inilah yang berlaku kepada dua ADUN PKR yang merupaka Exco Kerajaan Negeri Perak dulu. Kini mereka akhirnya tewas dengan pujukan, gertakan dan kemewahan yang dijanjikan oleh Najib sekiranya mereka bersama BN.

Khabarnya orang-orang Najib sudah mula menggempur Kedah sekarang. Bermula dengan isu exco membawa wanita bukan isterinya dalam majlis rasmi kerajaan negeri hinggalah ke isu-isu rasuah yang sudah pasti akan dibongkarkan dalam masa terdekat ini. Ini semua adalah perancangan jahat Najib Razak dalam usaha "membalas dendam" atas apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dalam dua pilihanraya kecil yang lalu. Najib sebolehnya mahu jadi Perdana Menteri dalam keadaan yang cukup selesa. Maka itu, kita tidak hairan bagi menjayakan projek beliau ini, kekerasan, paksaan, ugutan yang boleh mengamcam keselamatan juga bakal dilakukan. Ini semua adalah dengan kerjasama pihak-pihak yang tidak sepatutnya. Namun, dek kerana mereka takut dengan ancaman Najib maka gerakan ini diteruskan. Terkini, kami mendapat maklumat dari Kedah Darul Aman yang mengatakan seorang Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Arumugan a/l Vengatarakoo, iaitu ADUN Bukit Silambau (foto) dari PKR telah meletakkan jawatannya malam tadi. Ini berikutan beliau tidak tahan lagi dengan tekanan dan ugutan supaya beliau melompat parti. Akibat bimbang dengan keselamatan keluarganya, maka beliau terpaksa mengundur diri dan meletakkan jawatan secara terhormat. Perkara ini telah disahkan. Ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan iaitu di kerusi DUN Bukit Selambau Kedah dalam masa terdekat ini. Tahnih kita ucapkan kepada YB Arumugan, biarpun beliau bukan beragama Islam namun atas dasar maruah dan harga diri serta tidak mahu mengecewakan para penyokongnya beliau lebih rela mengambil keputusan berundur dari menerima habuan "rasuah" dari puak-puak UMNO. Berbeza sekali dengan tiga ADUN PKR di Perak yang kononnya beragama Islam, namun sebenarnya mereka tiada maruah dan harga diri serta lebih rela dijual beli tanpa memikirkan impaknya di kemudian hari nanti. ~ PahangDaily


2 ulasan:

pemuda99 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pemuda99 berkata...

YB Bkt Selambau,sedang bercuti..dan Insya Allah di Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah masih kukuh ,dan juga khabarnya SUltan Kedah tak suka lompat melompat ni,jika ada Sultan Kedah akan memperkenaankan bubar DUN..jangan kita risau,jentera pilihanraya PAS Kedah sentiasa bersiap sedia..

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.