Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

9 Feb 2009

Exco 'Haram' Perak ~ Malaysiakini

Esok dikatakan hari akan diadakan angkat sumpah Exco Kerajaan kudeta. Pertelagahan mengenai siapa akan dilantik sebagai Exco semakin meruncing dalam keadaan tidak sampai 48 jam angkat sumpah berlangsung.

Sebelum itu pertelagahan mengenai kelayakan Pangkor sebagai MB kudeta masih belum reda dan ianya masih menjadi persoalan yang semakin kusut. Apa lagi penyokong kuat UMNO masih ingat dengan keterlibatan Pangkor dalam gerakan reformasi dan pernah ditahan ISA kerananya.

Berikut ini adalah jangkaan Exco yang bertiup kencang dan gambarnya tersiar dan akhbar Cina...



Kalau Hee Yit Fong turut dikatakan tersenarai sebagai salah orang yang dipilih, ke mana pula ADUN Behrang, Jamaluddin Md. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu.

Inilah yang dikatakan akan dilantik menjadi Exco ?

Kalau benarlah mereka berdua tidak terpilih sebagai Exco, malang lah nasib mereka, sudah jatuh ditimpa tangga. Dulunya Exco sudah melompat jawatan hilang, padahnya di caci dan di maki oleh pengundinya sendiri. Malah dianggap sebagai pengkhianat kepada pengundinya sehingga memporak peranda kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Namun malang dan padah itu cuma sementara, Allah maha menerima taubat hamba-hambanya. Jasa mereka berdua akan disanjung tinggi kalau mereka sanggup kembali ke pangkuan Pakatan Rakyat.

Kembalinya usahlah di fikir masuk mana-mana parti,buang yang keruh ambil yang jernih. teruskan anda dengan parti bebas yang diumumkan tetapi beralih lah arah menyokong PR. Mudah-mudahan jawatan Exco yang saudara pernah pegang akan dikembalikan. Namun bukan hak saya dan sikap kami untuk menjanjikan sesuatu.

Tetapi demi untuk menjernihkan suasana, menenangkan semua pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan anda, eloklah difikirkan langkah yang terbaik demi untuk menyelamatkan Perak yang kita kasihi.~ Cina Islam

1 ulasan:

Unknown berkata...

2 ekor katak tu dah lah dapat RM10juta, cukuplah untuk pakai seumur hidup!
Jadi, 2 ekor tu tak kisah langsung jawatan exco.
inilah demokrasi perak.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.