Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

13 Feb 2009

Dato' Seri Nizar di Mahkamah Tinggi KL, 11.30 nanti ~ Malaysiakini

Jadual MB Perak (13 Feb 2009)

11.30 pagi: Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

7.00 malam: Maghrib di Masjid Kg. Tengku Hussein, Manjoi.

Selepas solat maghrib, DS Nizar akan bersama rakyat di Pasar Malam Taman Jati.

8.30 malam: Solat Isya di Masjid Taman Meru.

Pakatan Rakyat akan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengisytiharkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak sebagai tidak sah, esok (hari ini).


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau kemungkinan besar akan memfailkan kes memohon pengisytiharan itu pada pukul 11.30 pagi esok.

"Kemungkinan besar saya akan failkan. Jika tidak, panel peguam kita yang akan memfailkannya.

"Kita akan memfailkan kes bagi memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerajaan BN di Perak sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah," katanya.

Beliau berkata, Pakatan akan melaksanakan mengikut prosedur dan panel peguam mereka yang terdiri daripada 12 orang sedang melaksanakan tugasan termasuk menyediakan dokumen yang diperlukan mengenai kes itu.



Berhubung kemungkinan penyokong-penyokong Pakatan akan berkumpul di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok berikutan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar meminta mereka datang untuk memberi sokongan esok, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu mengenai SMS tersebut.

"Saya minta penyokong menganggap ini sebagai saluran biasa kita, saya minta penyokong (yang dijangka akan berkumpul di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) jangan bertindak di luar batasan esok dan tolong menjaga ketenteraman dan keamanan," katanya.

Ketika ditanya sebab kes itu akan difailkan di Kuala Lumpur bukan di sini, beliau berkata panel penasihat memutuskan ia difailkan di Kuala Lumpur selepas menimbang beberapa faktor. - mStar

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.