Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

12 Feb 2009

Ir. Nizar : Kerajaan PR, Kini Kerajaan Buangan!

Malaysiakini : Nizar setuju keluar dari kediaman MB


Sidang akhbar di adakan bertempat di kediaman Menteri Besar Perak pada jam 3.00 petang ini

Sebahagian wartawan yang hadir

Kita akan failkan kes memohon dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 11.30 pagi esok untuk isytiharkan Kerajaan Haram tidak sah dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah dan saya mohon bagi sokongan dan tidak buat apa-apa provokasi. Demikian antara kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di Kediaman Menteri Besar di sini sebentar tadi.

"Kita juga secara prinsip kenderaan yang digunakan akan diserahkan dan diletakkan di kediaman Menteri Besar sebagai menghormati undang-undang yang ada. Tidak ada apa-apa elemen, tidak menjejaskan kepada apa-apa kes kami yang dibuat sebelum dari ini, kerana itu kenderaan diserahkan di sini sehingga keputusan dari mahkamah diputuskan' Katanya..

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

Beliau juga memaklumkan akan menyerahkan kediaman Menteri Besar dalam masa terdekat, secara rasmi akan keluar dengan terhormat, dan menyewa tempat dekat dengan anak-anak yang bersekolah. Keputusan ini juga tidak memudaratkan proses mahkamah kami.

"Pakatan Rakyat akan hadir dalam Majlis Jubli Perak pada 14 Februari ini, bersama dengan pimpinan dan seluruh Sultan, pembesar negara termasuk Sultan Brunei." Umum beliau.

Menganai kenapakah difailkan kes di Mahkamah Kuala Lumput, Ir. Nizar mengatakan "kami merasakan oleh beberapa hal yang perlu diambil kira, kita dinasihatkan oleh peguam kita "

Menteri Besar juga menjelaskan kenderaan diletakkan di sini sehingga selesai kes mahkamah dan akan gunakan kenderaan peribadi .

Mengenai tempat mesyuarat dan pertemuan lain beliau menyatakan akan diadakan tempat lain yang difikirkan sesuai, Dia mengistilahkan Kerajaan pakatan Rakyat sebagai "kerajaan buangan".

Bila menjawab berkenaan dengan perhimpunan di Kuala Kangsar,Ir. Nizar itu menegaskan Pakatan Rakyat terlibat dengan apa-apa perhimpunan sedemikian rupa dan beliau menafikan PR tidak terlibat dalam menghimpunkan rakyat itu.

Menjawab soalan berkaitan kes di mahkamah, Dato' Ngeh Koo Ham berkata akan dibuat esok pada jam 11.30 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta dengan satu team peguam seramai 12peguam yang telah dipanelkan.

Ditanya mengenai perasaan bila ingin keluar dari Kediaman Rasmi, katanya " perasaan saya nak keluar seperti berhijrah sebentar dan balik semula ke Markah ".

Ir. Nizar juga menyatakan keyakinannya akan kembali ke kediaman rasmi .

Mengulas Isu pelantikan 4 orang setaraf exco beliau mengatakan ia diputuskan sebelum sebelum exco mesyuarat dan wang rakyat telah dibazirkan dengan pelantikan itu..

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu ketika diminta mengulas mengenai calon Bukit Gantang beliau menjawab " belum lagi, terlalu awal ". - albanjari



Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.