Hairan benar melihat undang-undang di Malaysia hari ini. Raja Petra yang hanya terdapat komen di dalam blognya tentang “hina Islam” dan “hina Nabi” bukan main lagi empat pemimpin agensi agama seperti (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia engurus Besar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Abdul Ghani Mohamed, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) Anan C. Mohd membuat laporan polis dan akhirnya beliau ditahan ISA baru-baru ini.
Walhal perkara itu belum tentu sah ditulis oleh Raja Petra, sebab ia terkandung dalam ruangan komen artikelnya. Namun, apa yang peliknya ialah Ayah Pin yang sudah sah dan terbukti mengaku beliau adalah “Tuhan Kerajaan Langit” dan telah merosakkan akidah ramai rakyat Malaysia yang menjadi pengikutnya.Terang-terangan membina monumen kerajaan langitnya, bahkan telah disiarkan di media massa tentang bukti-bukti tersebut. Namun kenapa pihak-pihak terbabit tidak pula membuat laporan polis?
Bukankah beliau lebih hina dari Raja Petra kerana mengaku “Tuhan” !! Ini bermakna beliau menghina Islam dan telah terpesong akidahnya dan boleh diisytiharkan dirinya Murtad. Tetapi hingga ke hari ini beliau masih bebas. Bahkan pihak polis pula masih mahu menunggu siasatan JHEAT.
Apakah “muslihat” disebalik semua ini. Nampak sangat 4 agensi yang membuat laporan polis terhadap Raja Petra hanya bermotifkan politik semata-mata. Sedangkan Ayah Pin tidak diapa-apakan, kerana beliau banyak menyokong UMNO Trengganu selama ini agaknya. Lantaran itulah beliau masih diberi kuasa untuk terus berkuasa.
Apakah nanti Ayah Pin akan dipilih sebagai angkasawan negara ke-2 untuk pergi ke bulan dan melihat kerajaan langitnya pula?
http://pahangdaily.blogspot.com
[ PEMUDABESUT sudah pegi melihat tapak'kerajaan langit' semalam.. tapi tak jumpa Ayah Pin..... Nasib baik ayah Pin tak ada......]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan