BESUT – Penduduk di sekitar perkampungan ‘Kerajaan Langit’ Batu 13, Hulu Besut mendakwa sering kali melihat keli- bat Ayah Pin (gambar) muncul di kawasan tersebut pada setiap hari Ahad.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Pak Abu berkata, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, 68, pulang pada setiap hujung minggu untuk bertemu dengan ahli keluarganya .
Menurutnya, rutin itu didakwa telah bermula sebelum media dapat menghidu kehadiran semula Ayah Pin di kawasan tersebut baru-baru- baru ini.
“Sebelum media heboh, Ayah Pin kerap balik sehingga dua hingga tiga kali seminggu, namun sejak kebelakangan ini Ayah Pin hanya dilihat pada hujung minggu saja,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Bagaimanapun Pak Abu memberitahu, Ayah Pin sukar ditemui orang ramai kerana dia pulang secara senyap-senyap selain tidak akan muncul di hadapan khalayak ramai.
Seorang peniaga di Jertih yang enggan dikenali berkata, kira-kira dua minggu lalu ada lima pelancong singgah di gerainya.
“Semasa saya tanya mereka mahu ke mana, pelancong itu beritahu mereka mahu pergi jumpa Ayah Pin,” katanya. ~ KOSMO
[ PEMUDABESUT akan pegi siasat sendiri adakah benar cerita ini....Ayah Pin tunggu]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan