Gambar; EXCO PemudaBesut, Sdr Sarbani ditahan Polis
Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut mengucapkan Tahniah kepada Exco Dewan Pemuda PAS Besut kerana Allah telah memilih seorang Exco kami untuk menjadi Orang kena Tahan (OKT). Sarbani yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Publisti DPPKB ditangkap di Central Market kira-kira pukul 12.00 tengahari. Beliau ditangkap kerana menyimpan baju Anti ISA.... Cis baju hitam pun takut..
Sebaik dia ditangkap, beliau SMS kepada PemudaBesut berbunyi " Alhamdullilah, Allah telah memilih ana... Ana kena tangkap Polis". Tanpa membuang masa, aku menghubungi Pusat DEMO ISA bagi meminta bantuan. Setengah Jam kemudian, Ketua Pemuda Besut, Ust Zulkifli kepada aku bahawa peguam sudah dihantar bagi membantu. Jam 3 petang... SMS dari sarbani.." Ana ditahan di Balai Polis PGA Cheras". Aku forwardkan kepada AJK Pusat DEMO Isa & Ust Ketua Pemuda Kawasan.
Kira-kira pukul 7 petang, Alhamdullilah Sarbani dilepaskan..TAKBIR
TAHNIAH sekali lagi buat semua OKT termasuk 53 orang yang masih berada dalam Depo Tahanan di Bukit Jalil & 3 orang budak di IPD Cheras.
4 ulasan:
Allahuakbar!!!
Bersabarlah.... Itulah asam garam perjuangan menegakkan keadilan....
tahniah...kerana buat kerja bodoh. menyusah kan orang lain.pakai kopiah berjanggut perangai macam setan.
baguslah dapat rasa lokap...try lagi tahun depan. http://warispurba.blogspot.com.
Catat Ulasan