Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

16 Mac 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (03): SELAMAT MENJALANKAN TUGAS


Daripada Ketua DPPKB

Kepada sahabat-sahabat yang sama-sama menjalankan tugas di Bukit Gantang. Sama-sama kita banyak ingat Allah dalam usaha yang kita jalankan. Taqwa, ikhlas dan sabar menjadi alat utama dalam perjuangan.

Bagi pejuang-pejuang Islam khususnya pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang, ingatlah bahawa untuk berjaya (tidak untuk menang semata-mata), jalannya amat sukar. Hubungan dengan Allah hendaklah dipelihara. Sentiasa kembali kepadaNya dalam semua keadaan. Strategi yang disusun bagaimana cantik sekalipun, itu bukan penyumbang utama untuk kejayaan walaupun kemenangan diberi oleh Allah.

Kita nak kemenangan serta kejayaan. Kita tak nak kita menang,tetapi kita dikuasai oleh musuh. Kita lihat dan kita yakin bahawa Islam itu benar.

Tetapi mengapa kita sentiasa dipermain-mainkan oleh musuh. Tidak lain melainkan kerana umat Islam itu sendiri yang tidak patuh kepada ajaran agama mereka sendiri. Mereka hanya mengambil agama pada sesuatu perkara yang menyukakan nafsu mereka sahaja. Apa yang susah atau tidak menyenangkan, mereka tinggalkan. Akibatnya mereka dihina oleh Allah. Bila berlaku hal demikian itu, Allah angkat kemuliaan dan kehebatan orang Islam itu sendiri.

Dengan itu saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekelian,peliharalah hukum Allah dalam semua perkara. Kita berjuang supaya pihak kerajaan menjalankan hukum Allah dalam pemerintahan negara,kita juga jangan melanggar hukum Allah dalam kehidupan kita dan pelihara hukum Allah dalam mentadbir keluarga. Jangan sampai berlaku seperti mana berlaku pada sesetengah orang,disuruh orang supaya patuh pada hukum Allah, dia sendiri berpaling daripada hukum Allah.

Mari kita sama-sama hidupkan tempat-tempat ibadah. Hidupkan kelas-kelas pengajian. Bagi mereka yang menjauhi majlis-majlis ilmu,mari kita gerakkan mereka. Sembahyang jamaah pula jangan dipandang kecil. Al-Quran hendaklah sentiasa dibaca dan difahami. Jangan jadikan dia hanya perhiasan. Sembahyang malam hendaklah dipelihara. Mudah-mudahan Allah bersama kita. Wassalam.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.