Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

16 Mac 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (02): Perjalanan Ke Bukit Gantang

ZIARAH MAKAM SYUHADA’ MEMALI

Jam 3.15 pm,kami sempat ziarah makam syuhada’ Memali di Perkuburan Parit Panjang,Baling. Dapat kami merasai betapa untungnya mereka yang dipilih oleh Allah tergolong dalam golongan para syuhada’.

“ Itulah sebenarnya maksud hidup bagi mereka yang berjuang pada jalan Allah. Dunia di sisi mereka itu dirasai kecil. Perkara yang besar bagi mereka adalah akhirat. Itulah negeri yang sebenar.Apa tidaknya, segala keseronokan yang dirasai di dunia ini hanyalah secebis nikmat yang sangat kecil dan tiadalah bertahan lama. Lagi pula terkadangnya banyak melalaikan sehingga ramai yang jatuh atas kebinasaan kerana tamak dengan dunia. Orang awam terjadi macam ni. Dan terkadang didapati orang yang bergelar agama pun sama juga. Bila orang yang bergelar alim atau orang agama pun menunjukkan sikap condong sangat hati dengan dunia,mana boleh nak mengajak orang lain kepada agama dan mencintai Allah/agama lebih daripada segala yang lain. Rahsia hati tak boleh disembunyikan daripada Allah. Allah kenal dengan kamu dan satu hari nanti manusia juga akan mengenali kamu. Bila manusia sudah mengenali sifat kamu,maka pada waktu itu mereka tidak lagi mendengar kata-katamu.
Orang-orang yang ingin mendapatkan cinta Allah akan sentiasa mencari jalan untuk hampir kepadaNya dan menjauhi daripada segala yang melalaikannya daripada Allah. Bukan mudah nak cinta Allah. Nak buat kerja yang dia suruh terlebih mudah daripada itu. Jalan untuk sampai kepadaNya juga terlebih banyak duri daripada menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu daripadaNya. Dalam perkara ini hendaklah difahami betul-betul,belum tentu orang yang bercakap sesuatu tentang agama,dia kasih pada agama. Dan belum tentu orang yang boleh bercakap dan berkebolehan menghuraikan tentang Allah s.w.t. dengan panjang lebar,dia kenal Allah dan kasih kepadaNya. Adapun para syuhda’ ini telah menzahirkan kecintaannya kepada Allah dan sah yakinnya dengan apa yang dijanjikan Allah. Dari kerana itu mereka tidak takut dengan mati kerana mempertahankan agama. Adapun kita yang belum diuji ini,jangan ego mendabit dada selagimana belum diuji sebagaimana yang telah diuji ke atas mereka itu. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas mereka itu di atas segala pengorbanan yang telah ditunjukkan dan semoga menjadi ikutan bagi jenerasi akan datang ”.

Demikiankanlah di antara apa yang disebutkan oleh Ketua DPPKB yang juga sebagai AJK Pemuda Pas Negeri,Ust Adam Said yang akan meninggalkan barisan pemuda tak lama lagi.















Selepas kami menziarahi makam syuhada’ Memali, kami mengambil kesempatan pula menziarahi Syekh Mahmud di Madrasah Nurul Iman, Batu 5 Sik. Sesampai di sana kami mengambil kerehatan sebentar. Ketika hampir dengan maghrib,kami diminta untuk masuk berjumpa dengannya. Sambil berbual dan minum kopi yang dihidangkan kepada kami, beliau menceritakan usaha yang sedang dibuat dan akan dibuat untuk kesejahteraan dan keamanan manusia umumnya tidak mengira bangsa dan keturunan. Dan tugasan besar yang dijalankan oleh beliau ialah memimpin dan membawa manusia kepada Allah. Dengan lain perkataan untuk membawa hamba itu mengenal tuhan yang menjadikannya. Hujung minggu ni beliau akan ke Thailand dan selepas itu akan ke Brunei Darussalam.

“ Saya dah lama mengenalinya. Lebih daripada 10 tahun yang lalu. Pernah ikuti program yang dipimpin oleh beliau sama ada di Hulu Langat,Selangor,Batu 5 Sik dan pernah semasa di Makkah. Nasihat-nasihat yang diberikan, bagi saya amat berguna. Memang begitulah usaha yang dilakukan oleh beliau di mana sahaja beliau pergi. Sama ada dalam negara atau luar negara. Beliau menziarahi di mana-mana jua negara apabila didapati adanya orang-orang soleh di tempat itu. Lebih-lebih lagi yang disifatkan oleh beliau orang-orang yang dalam perjalanan menuju Allah. Beliau juga suka berbincang dengan pemimpin-pemimpin masyarakat. Baru-baru ini dengan Pak Lah dan Anuar Ibrahim. Dan satu ketika dulu saya pernah mengikuti rombongan beliau ke Masjid Rusila kerana perjumpaannya dengan Tuan Guru Presiden Pas ( semasa itu MB Terengganu)”. Kata Us. Adam Said kepada AJK Pemuda yang turut serta dengannya pada ziarah itu.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.