Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

17 Mac 2009

85% Kata Kareer Politik Ali Rustam Berakhir

85% responden Edisi 7 menyatakan kareer politik Ali Rustam berakhir dengan larangan beliau untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan hujang Mac ini.



Malaysiakini.tv : Ali Rustam barred from contesting


DILUCUT HAK... Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melambai ke arah penyokongnya pada majlis suai kenal calon pemlihan pusat Umno di Ipoh petang tadi. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang dilarang bertanding Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti minggu depan, akan memberi penjelasan di Melaka esok.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti di Ipoh petang ini, Mohd Ali, yang kelihatan tenang, berkata setakat ini beliau belum menerima keputusan rasmi daripada Lembaga Disiplin Umno.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana perlu meneliti keputusan berkenaan terlebih dahulu dan akan membuat kenyataan penuh esok.

Mohd Ali, yang juga naib presiden Umno, kelihatan meninggalkan Dewan Bandaran, tempat sesi itu berlangsung, pada jam 5.10 petang sambil bersalaman dengan ahli Umno yang menunggu di pintu masuk utama dewan sambil diringi pekikan 'Hidup Ali' daripada sekumpulan penyokongnnya, lapor Bernama.

Naib Ketua Umno Khairy Jamaluddin, yang juga didapati bersalah tetapi diberikan amaran, berkata bahawa beliau tidak bersalah namun mengucapkan syukur kerana masih boleh bertanding.

"Saya tidak bersalah dalam kes ini tapi bagi penilaian Lembaga Disiplin, mereka telah membuat keputusan tapi Alhamdulillah, saya masih lagi boleh bertanding dan bagi saya itu yang lebih penting," katanya ketika ditemui di majlis yang sama.

Beliau yakin keputusan Lembaga Disiplin itu tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merebut jawatan tertinggi Pemuda Umno itu dan menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

Harap kemuka rayuan

Seorang lagi calon Ketua Pemuda Umno, Dr Mohamad Khir Toyo, yang turut disiasat tetapi didapati tidak bersalah, melahirkan rasa syukur.

Katanya keputusan itu memberikannya semangat baru untuk terus berusaha bagi mencapai kemenangan.

Mohamad Khir berharap Mohd Ali akan segera mengemukakan rayuannya terhadap keputusan itu dan terpulang kepada jawatankuasa rayuan untuk menimbangnya.

"Badan disiplin ada tiga peringkat...pertamanya yang menyiasat, yang kedua yang mengadili, dan yang ketiga yang merayu. Jadi kita harap Datuk Seri Ali akan merayu dan harap rayuannya akan diterima," katanya.

Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, juga berharap Mohd Ali akan mengemukakan rayuannya.

"Kita akur dan hormat kepada keputusan Lembaga Disiplin," katanya.

Tan Sri Isa Samad, bekas Naib Presiden Umno yang pernah digantung kerana kesalahan politik wang, ketika diminta mengulas hukuman yang dikenakan terhadap Mohd Ali berkata : "Pengalaman digantung daripada Umno tak dapat nak digambarkan dalam bentuk perkataan mahupun lukisan".

Calon Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata beliau yakin Mohd Ali akan meneruskan perjuangannya dalam parti dan menjadikan kesetiaan sebagai keutamannya dalam meneruskan perjuangan itu.- Malaysiakini

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.