Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Okt 2008

Skandal Eurocopter: Najib Digesa Digantung Tugas - Malaysiakini

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Dewan Pemuda PAS Pusat
Pemuda Sosialis DAP

24 Oktober 2008

Skandal Eurocopter: Najib Digesa Digantung Tugas

Pemuda Pakatan Rakyat (Pemuda PR) yang dianggotai oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) telah mengambil langkah untuk mengemukakan laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini untuk mengemukakan beberapa fakta di sebalik skandal pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan yang melibatkan RM2.317 billion.

Ini adalah tindakan susulan Pemuda PR setelah laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa pada 20hb Oktober 2008 lepas.

Pemuda PR melihat penyelewengan wang rakyat sudah sampai ke satu tahap yang sangat parah, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini sangat membimbangkan. Apatah lagi Malaysia sendiri turut terkesan dengan keadaan ini dan sangat memerlukan ketelitian kepimpinan negara khususnya Umno-BN mengendalikan sebarang entuk perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat dalam jumlah yang banyak.

Skandal ini sangat serius, dalam keadaan ianya melibatkan RM2.317 billion yang seandainya diagihkan kepada 48,134 rakyat tegar seluruh negara, pastinya ianya boleh menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia.

Jumlah yang sama juga boleh diperuntukkan untuk membina lebih daripada 100 buah sekolah dan pastinya ini boleh memperbaiki masa depan anak-anak bangsa khususnya di luar bandar.

Tetapi sayang, di bawah kepimpinan Umno-BN, jumlah RM 2.317 billion ini hanya diperuntukkan untuk membeli 12 buah helikopter yang mana dengan jumlah yang sama, India mampu membeli lebih daripada helikopter daripada jenis yang sama dan Brazil juga membeli hampir 50 buah helikopter pada jumlah yang sama.

Justeru, Pemuda PR berharap agar BPR tidak selektif di dalam hal ini dengan membuka kertas siasatan dengan segera untuk menyiasat skandal ini.

Pemuda PR juga menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Najib selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian Eurocopter ini sehinggalah siasatan dan pendakwaan dilakukan, sekiranya ada.

Sudah sampai masanya institusi polis, BPR dan pastinya Perdana Menteri meletakkan kepentingan rakyat terbanyak sebagai agenda utama demi memastikan setiap sen dan ringgit wang rakyat tidak disalahgunakan oleh individu yang berselindung di balik slogan 'Ubah Gaya Hidup'.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

YB Salahuddin Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

YB Anthony Loke Siew Fook (DAPSY)
Setiausaha Pemuda Sosialis DAP

1 ulasan:

al-brangi Online berkata...

mereka tidak akan mendakwa dakwi apa2 kesalahan sesama sendiri selama mereka tidak keluar dari Barisan mereka sehinggalah mereka menjadi beban kepada parti barulah dinasihatkan berundur.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.