Kupetik berita Malaysiakini tentang nasib dua pelajar UPM, berbangsa Melayu-Islam, cerdik dan bijak, tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka di'halau' secara tidak terancang oleh pengurusan kolej Tun Perak. UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej |
Jimadie Shah Othman | Oct 22, 08 3:35pm |
kemaskini 6:51pm Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej atas alasan "tinggal secara tidak sah" kini boleh kembali ke kolej itu setelah isu itu dihebohkan ke luar kampus. Naib canselornya Profesor Datuk Nik Mustapha Raja Abdullah membenarkan mereka terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir "atas dasar prihatin". "Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan," jelas ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM Abdullah Arshad. Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini petang ini [kenyataan lengkap di bawah], Abdullah berkata bagaimanapun kedua-duanya masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman. Difahamkan keputusan terbaru itu - selepas seminggu pelajar-pelajar wanita itu menumpang di rumah rakan mereka di luar kampus - dicapai oleh UPM pagi ini. Dihubungi selepas keputusan rasmi itu, Nur Shafiqa berkata mereka belum membuat keputusan untuk kembali ke kolej. "Barang-barang pun sudah dipindahkan, mungkin balik sekejap-sekejap," katanya. Beliau masih tidak berpuashati dengan keputusan itu dengan alasan ia dibuat "seolah-olah hendak menutup kes ini." LAGI.. |

Tindakan pihak kolej seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini merugikan, malah boleh menimbulkan tanda tanya. Siapa yang buat keputusan? Mengapa ia dilakukan tergesa-gesa? Mengapa dibuat ketika pilihan raya kampus bakal menjelang? Apa alasannya?
Akhirnya, aku membuat rumusan pendek. Tak masuk akal semua ni..
Akhirnya, aku membuat rumusan pendek. Tak masuk akal semua ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan