

Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Nik Mohd Zawawi Haji Salleh berkata, bangunan terbabit dibina di atas tapak seluas dua ekar di kampung Tok Has, Jalan Kuala Besut telah dimulakan pembinaan sejak awal september lalu.
Kelewatan pembinaan bangunan sebelum ini berpunca masalah teknikal dan sikap berdolak dalih syarikat perunding yang dilantik untuk mengemukakan pelan bangunan kepada Majlis Daerah Besut.
Bagaimana pun kata beliau PAS Besut kemudiannya melantik sebuah perunding dari Kota Bharu bagi melaksanakan tugas tersebut dan setakat ini perkembangan semakin lancar.
Menurutnya peruntukan awal bagi membinanya telah melibatkan kos sebanyak RM200,000.
Menurutnya sumbangan bagi membeli tanah tapak bangunan tersebut diperolehi melalui sumbangan tokoh-tokoh korporat di Kuala Lumpur.
"Jadi hari ini PAS Besut telah melancarkan punggutan derma di kalangan ahli dan penyokong di sini." katanya.
No : 5630 4610 1804
atas Nama KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM BESUT



Tiada ulasan:
Catat Ulasan