Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

13 Feb 2009

Nizar saman MB 'Haram' - Malaysiakini



Malaysiakini : Orang ramai berhimpun di luar kompleks mahkamah

11.25 pagi -Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin tiba di Mahkamah Tinggi di Jalan Duta sambil disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ketika ini, beliau sedang dikerumi oleh wartawan. Nizar yang segak memakai baju kuning sedang menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh wartawan ketika ini.

Dianggarkan lebih 200 orang berada di sekitar kawasan mahkamah.
Turut kelihatan adalah Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang daripada panel peguam yang akan mewakili Nizar.

11.00 pagi : - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi sebentar lagi.
Pekarangan kawasan mahkamah di Jalan Duta penuh sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat ketika ini.

Para peguam yang dijangka mewakili Nizar juga turut kelihatan sedang menanti kehadiran Nizar.

Turut kelihatan di pekarangan Mahkamah Tinggi itu adalah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Kalng, Charles Santiago dan pimpinan KeADILan antaranya,Kamarul Baharin.

Sebelum ini, Nizar dalam satu kenyataannya kepada akhbar online berkata, beliau kemungkinan besar akan memfailkan kes memohon pengisytiharan untuk mengisytiharkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak sebagai tidak sah pada pukul 11.30 pagi hari ini.



"Kemungkinan besar saya akan failkan. Jika tidak, panel peguam kita yang akan memfailkannya.

"Kita akan memfailkan kes bagi memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerajaan BN di Perak sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah," katanya.

Beliau berkata, Pakatan akan melaksanakan mengikut prosedur dan panel peguam mereka yang terdiri daripada 12 orang sedang melaksanakan tugasan termasuk menyediakan dokumen yang diperlukan mengenai kes itu. ~Hrkh

2 ulasan:

Pemuda Pelapis berkata...

Salam,

Masuk blog Pemuda Pelapis tadi main lepas angin ke? Takkan angin satu badan kot? Pagi-pagi dah buat lawak. Alahai gelihati pulak.

Lain kali tak payahlah guna Anonymous kalau nak tunjuk angin naik ke kepala. Macam tak beriman je penyokong PAS tapi baru lepas solat Subuh. Sahlah tu Tuhan tak terima solat dengan doa tadi agaknya.

Entah-entah tak solat kot? Sebab semasa kat Kuala Kangsar 6 Februari 2009 hari tu puak-puak PAS merusuh dan melalak sampai maghrib, maknanya solat Asar dah tentu bungkus.

Kita semua dah faham lama dah puak-puak PAS memang suka berselindung dan bertopengkan agama. Berlambak budak-budak PAS mencemar akhlak di Kelantan, Terengganu, Pahang dan sampailah ke Selangor. Waktu solat tak solat pun tapi cakap menyokong PAS perjuangkan Islam. Cakap tak serupa bikin nak buat apa. Inilah sifat-sifat dajal akhir zaman.

Anak Perelih berkata...

Pemuda Pelapis, Yang kamu tu solat ke tak???? cukup ke 5 waktu sehari semalam setiap hari??? Sori... tanya saja....

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.