
Ketua Polis Perak telah mengeluarkan amaran kepada orang awam agar tidak mengadakan sebarang perhimpunan haram esok , Ketua Polis Negeri, juga menjelaskan bahawa Sidang Tergempar esok adalah tidak SAH !
Terdahulu, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mengarahkan kesemua kakitangan DUN membatalkan temu janji masing-masing esok memandangkan pintu ke DUN akan ditutup.
Pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini akan ditutup esok.
Notis Penutupan berkenaan telah ditampal di kompleks yang menempatkan pejabat Menteri Besar Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Notis berkenaan dikeluarkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Notis dua perenggan itu meminta warga bangunan Perak Darul Ridzuan supaya membatalkan semua temujanji pada 3 Mac (esok) di premis tersebut.
Speaker DUN, V. Sivakumar memanggil sidang tergempar pagi esok bagi membincangkan dua notis yang dikemukakan dua orang ADUN.
[ Sama-sama kita tunggu ESOK.... DS Ir Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat tetap hadir ke Bangunan SUK dimana tempat Persidangan DUN Dewan Undangan Negeri Perak bersidang]
Suara KeAdilan : Sidang Tergempar Dun Perak Akan Tetap Dijalankan
Cina Islam : Tempoh 24 jam yang semakin menarik tetapi mencemaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan