Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan perkara tersebut berlaku akibat kesilapan dan kelemahan Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN).
Beliau menegaskan Abdullah tidak sepatutnya mengaitkan kelemahan Umno-BN dengan pembangkang kerana telah terbukti pemerintahan PAS di Kelantan yang telah hampir 20 tahun bersih dan telus tanpa sebarang salah laku dan rasuah.
"Kenapa Abdullah nak kaitkan pembangkang bila rakyat marah dengan Umno-BN sedangkan telah hampir 20 tahun PAS perintah Kelantan tidak ada pun exco atau wakil rakyat yang dikaitkan dengan rasuah.
"Rakyat bukan Melayu tidak menghina orang Melayu dan Bumiputera tetapi sebaliknya marah dan kecewa dengan Umno yang kononnya menjaga ketuanan Melayu namun membiarkan orang Melayu terus menerus dihimpit kesusahan," tegas beliau.
Pemerintahan PAS di Kelantan tegas Kamaruddin yang telus dan berintegriti diterima baik oleh masyarakat bukan Melayu dan tidak pernah berlaku orang Melayu dan Bumiputera dihina kerana hak semua dijaga.
Beliau seterusnya menegaskan penerimaan baik masyarakt bukan Melayu terhadap PAS di Kelantan membuktikan bahawa orang Melayu dan Bumiputera tidak dipersalahkan sebaliknya mereka hanya menyalahkan Umno-BN.
3 ulasan:
tahniah diucap kepada UMNO kerana mendapat seorang pembunuh yang terkejam sebagai ketua.
Kami cuma menghina orang pembunuh, rasuah and penipu. 'Kami' itu bukan orang Cina saja tetapi semua rakyat Malaysia. Jangan salahkan orang lain sedangkan sendiri sudah rupuk.
50 tahun lebih dah umno dok berjuang,bela bangsa melayu..dari melayu haprak dah jadi melayu terbilang..kalau masih lagi dihinaa kenapa dok kata ke org lain puncanya..look at yrself..
Catat Ulasan