Bukit Gantang – Sejumlah RM 15 juta dijangka akan ‘hangus’ dibelanjakan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan RM15.153 juta bagi penugasan operasi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
Chor berkata penugasan tersebut melibatkan pegawai polis daripada semua jabatan dan cawangan dalam PDRM seperti Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan, Trafik, Unit Udara Polis dan Tugas Am.
"Di antara bentuk penugasan yang dilaksanakan ialah penugasan di bawah keperluan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kawalan keselamatan orang ramai, kawalan lalu lintas dan rondaan berkala," katanya persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Amran Ab.Ghani (PKR-Tanah Merah) pada persidangan Dewan Rakyat ada 18 Februari lalu.
Perkara yang sama akan berlaku dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Rakyat akan melihat pembaziran hasil kerajaan dan keuntungan diraih oleh pihak-pihak tertentu sekali lagi di Bukit Gantang.
Pada pilihanraya kecil yang lalu, PAS menegaskan penugasan polis secara besar-besaran tidak perlu dalam pilihanraya itu kerana tidak ada apa-apa ketegangan luar biasa yang berlaku dan pilihanraya berlangsung dengan suasana aman dan tenteram
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong dalam kenyataannya semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu berkata tidak perlu penugasan polis yang begitu besar kecuali kerajaan mempunyai ‘tujuan lain’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan