Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Jul 2009

Bekas Naib Presiden MIC sertai PKR


Barisan Nasional (BN) menerima satu lagi tamparan hebat hari ini apabila bekas Naib Presiden MIC, Dato' SS Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan dalam satu majlis yang diadakan di MBPJ tengahari tadi.

Sebelum ini, bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming telah menyertai KeADILan dan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap dasar-dasar perjuangan yang dibawa oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tengahari tadi, dalam majlis di Petaling Jaya itu, Subramaniam juga mengumumkan bahawa 10 buah cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai KeADILan secara besar-besaran.

Dianggarkan seramai 1,700 ahli MIC daripada cawangan-cawangan tersebut akan menyertai KeADILan.

"Saya telah menyokong KeADILan dan Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi, cuma sekarang saya dapat memberanikan diri untuk menyatakan bahawa saya akan sertai parti ini,"katanya sambil mendapat sorakan daripada lebih 350 hadirin dalam majlis tersebut.

Menurut laporan daripada Malaysiakini, Subramaniam telah berkhidmat sebagai Naib Presiden MIC lebih 20 tahun dan juga merupakan bekas Naib Pengerusi MIC Selangor untuk tiga dekad.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Adun Bukit Raja dan Ahli Parlimen Segamat.

Sementara itu, di awal majlis tersebut, pemimpin MIC cawangan Pekan Meru, AR Palaya juga mengumumkan menyertai KeADILan dan akan membubarkan cawangannya.

1 ulasan:

Farhan Rais berkata...

Sememangnya satu tindakan yang wajar dilakaukan oleh dato'..Tindakan yang pailng bijak dan paling bernas jika bersama menyertai Pakatan Rakyat. Semoga dengan kehadiran Dato' dapat lagi membantu dalam memerah keringat dan usaha demi memperjuangkan hak rakyat yang sebenarnya bukan kroni dan seterusnya memartabatkan negara di mata dunia..insyaAllah..

Allahuakbar !!!!

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.