
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.
"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.
"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan. >mStar
3 ulasan:
Udah kufur pulak dah!!! boleh tak harun din beri mana2 riwayat/hadis/al-quran yg menyatakan rasullilah melarang orang bukan islam dari menggunakan perkataan allah????
jangan nanti kita mengharamkan apa yang dihalalkan oleh allah, itu lagilah kufur
Assalamulaikum!Melayu TIDAK PERNAH BERKESEMPATAN BERDAKWAH (secara hikmah kepada bukan Islam) lalu setengah puak yang mengakun Islam mengambil kesempatan mempermainkan nama 'Allah', menerbitkan isu nama Allah).Alangkah bersyukur rasanya di hati seorang Islam jika sekiranya dia dapat mengajar seorang bukan Islam cara menyebut nama 'Allah' dengan dengan penuh tenang dan ikhlas (dalam masa yang sama hatinya mendoakan hidayah ke atas bukan Islam berkenaan). Cuba bayangkan sekiranya dia menyebut dengan berulang kali. Allah itu Maha Kaya. Cuba bertanya kepada diri kita sendiri, pernah berapakalikah seumur hidup kita menyebut nama Allah dengan penuh tenang, ikhlas dan berserah diri? Cara sebutan inilah yang perlu diajar kepada rakyat bukan Islam dalam Malaysia ini semoga mereka LEBIH MENGENALI Allah sebagaimana kita yang masih wajib mencari lebih ilmu tentang Allah dan diri kita sendiri. Apakah Ini menjadi Isu yang besar?Tolong sampaikan kepada sahabat2 lain.
PAPA MEMANG INI ISU BESAR, SAUDARA SORANG TAK NAMPAK!PAS4ALL+2LOL
Catat Ulasan