Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

30 Jul 2008

PEMBETULAN : Ahmad Minta BPR Siasat – Pemuda PAS Buat Laporan BPR



PEMBETULAN
Kuala Terengganu - Dewan Pemuda Pas Terengganu sebagaimana yang dilaporkan semalam tidak membuat laporan polis namun membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini mengenai projek Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun, di Pulau Duyong, di sini. SUMBER

Anwar hadir ke Jabatan Agama Islam pagi ini


KUALA LUMPUR, 30 Julai - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim akan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pagi ini berkaitan mengenai qazaf.

9 Julai lalu, Anwar ditemani isteri telah menfailkan tuntutan Qazaf diatas nasihat ulama dalam dan luar negara. SUMBER

Pelukis Karikatur Hina Rasulullah Mati Terbakar!!! Allahuakhbar!!!


oleh:syukran.wordpress.com

Allahuakhbar!!! Berita tentang kematian pelukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang berasal dari Denmark yang juga kakitangan Jyllands-Posten, yakni syarikat yang pertama sekali menyiarkan 12 karikatur yang kontraversi telah tersebar luar melalui email dan forum. Diberitakan bahawa kartunis ini telah mati terbakar hidup-hidup dengan sendirinya secara tiba-tiba dirumahnya. Sehingga kini berita ini dirahsiakan dan media-media barat dilarang menyiarkan berita ini.

Inilah balasannya jika ada yang cuba menghina Allah dan Rasullulah. Mungkin umat Islam tidak dapat menyentuh mereka kerana kawalan dan perlindungan ketat oleh barat untuk mereka. Namun Allah itu lagi hebat, dan inilah hadiah untuknya didunia. Didoakan agar Salman Rusdie dan mereka-mereka yang membelot dan memusuhi Islam menerima nasib yang sama atau lebih teruk lagi. Islam tidak mengajar Umatnya bermusuh, tapi kalau yang ingin bermusuh dengan Islam, Umat Islam tidak akan mengaku kalah.

Bagi yang tidak tahu ada dah lupa tentang isu karikatur ini, boleh link berita dibawah :

*Perincian Isu Sebenar

Ambil pengajaran Israk dan Mikraj

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk tidak lama lagi. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Iklan

Bismillah Peristiwa Israk dan Miraj berlaku pada hari Isnin 27 Rejab, 620 masehi. Buraq tunggangan Nabi Muhammad s.a.w hanya melakukan tujuh langkah dari Masjidil-Haram [Makkah] untuk tiba di Masjidil-Aqsa [Baitul-Maqdis] sejauh 1,600 km.Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada ‘Sirah Nabawiyyah’, yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa’, Mansoorah, Mesir � 1986.

Baca lagi »

29 Jul 2008

Uncle Pet challenges RPK - Malaysiakini

A close relative of Mohd Saiful Bukhari Azlan echoed police sentiments today, rubbishing claims that his nephew had not been sodomised. Full story at Malaysiakini.com

Ahmad Minta BPR Siasat – Pemuda PAS Buat Laporan Polis

Kuala Terengganu – Dewan Pemuda PAS Negeri Terenganu (DPPNT) akan membuat satu laporan polis berkaitan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, yang meminta pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dua projek Mega yang dilaksanakan dibawah pentadbiran Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.
Setiausaha DPPNT Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata demikian ketika ditemui Buletin Online malam ini.
Beliau berkata Ahmad Said telah mengeluarkan kenyataan malam kelmarin ketika bercakap dengan pemberita, beliau mengalu-alukan siasatan BPR keatas kes penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive.

“Ahmad, dalam ucapannya berharap pihak BPR tidak memilih dalam membuat penyiasatan dan meminta pihak BPR turut menyiasat projek pembangunan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan Penganjuran Piala Monsun di Pulau Duyong,”kata Wan Sukairi, sebelum berceramah di Majlis Sempena Isra’ Mikraj yang diadakan di Ma’ahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Jalan Kelantan dekat sini.


Akhbar Sinar Harian juga melaporkan perkara tersebut hari ini, 28 Julai, dimana pihak BPR telah membuat kenyataan meminta Ahmad Said tampil memberikan maklumat berhubung dakwaan penyelewengan TTI dan Piala Monsun.

Wan Sukairi menjemput para pemuda untuk mengiringi rombongan DPPNT membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada jam 10.00 pagi, 29 Julai, 2008.


Beliau berkata tujuan DPPNT membuat laporan polis itu adalah supaya pihak polis mengambil tindakan segera untuk menyiasat kenyataan Menteri Besar Terengganu tersebut.


“Kerana kedua-dua projek mega yang melibatkan ratusan juta ringgit wang rakyat tersebut memang telah disyakki berlaku penyelewengan berdasarkan beberapa kenyataan Ahmad Said sebelum ini, yang menyebut beliau tidak tahu berapa yang dibelanjakan sebenarnya dalam penganjuran Piala Monsun,”tambah Wan Sukairi.

PKR edar laporan perubatan saiful - Malaysiakini

PKR mengedarkan laporan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menunjukkan tiada kesan pemuda itu diliwat.
.
Laporan sulit dua halaman daripada Hospital Pusrawi itu turut disertakan maklumat-maklumat tambahan yang menjelaskan beberapa istilah perubatan yang sukar difahami dan beberapa perkataan doktor itu yang tidak jelas.
.
Laporan itu diedarkan di sidang media Anwar di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya hari ini berhubung isu tersebut.
.
Beliau mempertikaikan siasatan polis terhadapnya susulan pendedahan laporan perubatan tersebut dan menganggap laporan polis Mohd Saiful sebagai usaha terancang pihak berkuasa.
.
Laporan yang disahkan milik hospital swasta di Jalan Tun Razak itu mula beredar di internet sejak semalam. Sumber.

UMNO PERAK HENDAK KERJASAMA???

Di IPOH, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali menawarkan kerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan negeri Perak berikutan sikap negatif DAP terhadap PAS selain sebagai permulaan ke arah penyatuan kedua-dua buah parti itu.
.
Beliau berkata tawaran itu juga adalah bagi menyahut saranan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya UMNO dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
.
“Umno Perak mahu memulakannya dengan langkah pertama ke arah pengabungan…ini langkah awal elak perpecahan Melayu dan bagi mewujudkan kestabilan politik serta kerajaan negeri Perak yang lebih kukuh,” katanya kepada pemberita di pejabat UMNO Perak di sini.
.
Beliau berkata cadangan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu adalah baik dan Perak sebagai sebuah negeri bermasyarakat majmuk ia adalah tempat terbaik untuk menguji dasar pemerintahan hasil gabungan antara PAS dan UMNO berbanding Kelantan yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan Islam.

28 Jul 2008

Mahfuz: Maaf atas keterlanjuran

Ketua penerangan PAS, tokoh pertama yang menafikan secara rasmi wujud pakatan PAS-Umno, hari ini memohon maaf kepada ahli dan penyokong parti berhubung rundingan kongsi kuasa dua parti tersebut.

"Saya menulis surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno," kata Mahfuz Omar dalam satu kenyataan panjang.

"Saya memohon berbanyak kemaafan di atas keterlanjuran ini." LAGI

BN umpan RM30 juta pikat Adun Pakatan Rakyat di Perak?


BESUT, 27 Julai - Keghairahan Umno Perak kononnya akan menubuh kerajaan pada 31 Ogos depan dengan 'membeli' tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat dianggap sebagai igauan di siang hari.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi mencapai hasrat tersebut mereka dikatakan sanggup membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga RM30 juta seorang.

Katanya, walaupun Umno menawar harga yang tinggi, namun semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak memberi jaminan tidak akan menerima tawaran tersebut sebaliknya akan terus kekal dengan kerajaan sekarang.

Oleh itu dakwaan bekas Menteri Besar Perak Dato� Seri Tajul Rosli Ghazali yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang 31 Ogos ini hanyalah gimik politik semata-mata.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Pekan Alor Lintah, baru-baru ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini mempunyai 59 ahli di mana 28 Umno, 18 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.

Beliau juga mengakui pelantikannya sebagai Menteri Besar merupakan satu keajaiban yang telah ditentukan oleh Allah Taala.

"Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi Dun berbanding DAP sebanyak 18 dan Parti Keadilan Rakyat 7, namun semua pemimpin parti dalam Pakatan serta baginda Sultan bersetuju melantik Adun PAS sebagai menteri besar.

"Kita telah memberitahu rakyat Perak, Allah Taala telah menurunkan rahmatNya ke atas negeri itu dengan menubuhkan kerajaan melalui kesepakatan di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR," katanya.

Beliau juga berkata, walaupun Perak merupakan kerajaan berbilang bangsa atau parti, namun pemimpin DAP boleh menerima program keislaman yang dilaksanakan.

Sebagai contoh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menanyakan berapa ganjaran yang diberikan kepada qari dan qariah Perak yang berjaya menjadi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kedah, baru-baru.

"Saya mencadangkan kita beri RM1,000 seorang dan Dato� Ngeh pula cadangkan kerajaan negeri memberi RM10,000 seperti diberi kerajaaan Pusat," katanya.

Bagaimanapun katanya, pihak yang tidak boleh menerima kerajaan sekarang hanyalah pemimpin Umno yang diketuai Tajul Rosli.

LAPORAN KEDUA JUGA TIADA SODOMI...

TIADA KOYAK PUN....


Tiada kecedaraan, koyak atau apa-apa tanda yang menunjukkan berlaku sodomi terhadap Saiful dan dubur-duburnya. Laporan perubatan bebas yang dilakukan terdahap Saiful membuktikan kebenaran. Mengikut sumber tertentu Doktor ini juga sedang menghilangkan diri dikhuatiri dipaksa untuk mengubah laporannya. LAGI

ANWAR AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH DAN TIDAK DIBENARKAN IKAT JAMIN - YB SAIFUDIN

Ahli Parlimen Machang yang juga Perancang Strategi PKR, Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa laporan Doktor untuk pemeriksaan kesihatan Saiful Bukhari Azlan menjelaskan bahawa tidak ada kesan penembusan di duburnya walaupun beliau mendakwa Anwar Ibrahim meliwatnya sebanyak sembilan kali

"Doktor telah memeriksa Saiful dan mendapati bahawa tiada penembusan dikesan di dubur Saiful, Laporan penuh tersebut akan disiarkan oleh media internet hari ini dan Suratkhabar Keadilan hari Selasa" .

"Kita yakin bahawa dengan laporan ini maka pihak terbabit akan cuba mencari helah dan taktik baru untuk membuktikan berlakunya liwat tersebut" kata Saifudin.

Sementara itu Saifudin juga menjelaskan bahawa Anwar telah mengumumkan akan bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Kulim-Bandar Baharu jika mahkamah memutuskan bahawa kerusi tersebut kosong pada 19 Ogos ini.

"Beliau telah mengesahkan akan bertanding pada pilihanraya kecil Kulim-Bandar Baharu jika kerusi tersebut kosong. Pengumuman ini dibuat sebentar tadi di mana sekarang ini Anwar sedang berceramah di depan ribuan pendengar di Kulim" tegas Saifuddin.

Kita yakin Anwar akan menang kerana keputusan Pilihnaraya Umum lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak BN secara total di kerusi tersebut. Katanya calon PKR, Zulkifli Nordin menang lebih dari 5,000 undi sedangkan sebelum ini pembangkang tidak pernah menang di situ.

Menurutnya, rakyat mesti turun habis-habisan membantu Anwar jika ditakdirkan pilihanraya kecil berlaku di Kulim-Bandar Baharu.

Zulkifli Nordin katanya, telah bersetuju memberi laluan kepada Anwar untuk berdepan dengan calon BN di kawasan tersebut. Malah PAS Kedah telah awal-awal lagi telah membuat kenyataan akan turun habis-habisan untuk membantu Anwar.

Saifuddin berkata demikian ketika menyampai ceramah umum di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

Beliay juga mendakwa pelbagai usaha akan dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengagalkan usaha Anwar untuk kembali ke parlimen dan akhirnya membentuk kerajaan pusat yang baru menjelang 16 September ini.
Usaha pertama ialah menuduh beliau meliwat Saiful Bukhari Azlan dengan menjadi Saiful sebagai pelakon utamanya.

"Tuduhan liwat merupakan usaha untuk menggagalkan perancangan Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan pusat".

"Kalau diibaratkan keretapi Butterworth ke Kuala Lumpur, keretapi kita sudah sampai ke Rawang dan tergelicir sedikit dari landasan, maka sudah tentu ia memakan masa untuk diperbaiki" .

"Saya yakin keretapi kita akan sampai ke Kuala Lumpur dan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional" kata Saifudin ketika berceramah di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.
Menurutnya Umno dan Barisan Nasional cukup takut kalau-kalau Anwar dapat memasuki Parlimen sebab itulah pelbagai usaha dirancang untuk menghalang beliau.

Jadi usaha terakhir mereka untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat ialah menghadapkan Anwar ke mahkamah dan hakim akan membuat keputusan tidak membenarkan Anwar diikat jamin.

"Kita kena ingat bahawa hakim adalah hakim politik, Peguam negara adalah lantikan politik, ini terbukti apabila perkara sama berlaku dalam kes liwat tahun 1998 dahulu" kata Saifuddin yang merupakan Ahli Parlimen Machang dan Perancang Strategi PKR.

Ceramah beliau tersebut mendapat sambutan yang diluar dugaan apabila orang melimpah sehingga keluar dataran Pejabat PAS Bukit Katil.

Jangan guris hati Karpal


Roslan SMS corner
Saya pasti ramai yang menonton Buletin Utama TV3 malam tadi. Laporan bertulis berkenaan berita tersebut boleh didapati di Malaysiakini, iaitu kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempersoalkan kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat.
.
Kata Karpal PAS mengamalkan sifat perkauman apabila berunding dengan Umno atas nama perpaduan Melayu (sebenarnya perpaduan Islam dan Melayu). Lantas tindakan PAS itu tidak lagi sejajar dengan dasar parti beliau Dap dan Pakatan Rakyat katanya. Menurut Malaysiakini lagi:
.
Karpal turut menyentuh cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam agar Umno dan PAS dibubarkan dan sebuah parti baru ditubuhkan bagi menyatukan semua orang Melayu."Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan dan implikasi yang serius," katanya dalam satu kenyataan.
.
Mungkin ada yang bersetuju dengan Karpal. Presiden dan Mursyidul Am PAS sepatutunya tidak berpendirian begitu. Bukankah Penasihat Dap Sdr Lim Kit Siang (ketika bangkit isu Pemuda PAS mencadangkan perlaksanaan siyasah syariah dalam negeri-negeri dipimpin PR baru-baru ini) pernah berkata bahawa Pakatan Rakyat ditubuhkan atas keyakinan bahawa Malaysia ini adalah sebuah NEGARA SEKULAR.
.
Jangan bangkitkan hal perpaduan Melayu, malah perpaduan Islam sekalipun.
.
Kita tidak boleh marah pada Karpal kerana dia kawan kita. Lalu apabila kawan marah-marah pada Presiden dan Mursyidul Am kita sendiri kita seharusnya bersama kawan dan menentang pemimpin-pemimpin kita yang tidak tahu berpolitik itu. Kita seharusnya menyusun inisiatif agar kepimpinan parti kita nanti tiada lagi yang seperti Presiden dan Mursyidul Am, kerana orang seperti mereka walaupun ulamak dan duduk dalam Majlis Syura kita tetapi hakikatnya tidak menghormati kawan yang telah banyak berjasa dan berkorban pada kita.
.
Ayuh kita arahkan pimpinan tertinggi kita itu memohon maaf pada Karpal.
.
Atau bagaimana pendirian saudara?

27 Jul 2008

Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru


ursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

nik azizBeliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.