Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membidas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Tengku Razaleigh Hamzah mempertimbangkan semula jemputan mengetuai kokus royalti minyak dan gas.
Menyifatkan gesaan tersebut berbaur ugutan, Khalid melahirkan kekesalan dengan tindakan Muhyiddin yang dilihat cuba menghalang langkah Razaleigh membantu rakyat Kelantan.
“Bunyi statement Muhyiddin itu macam ada unsur ugutan pula ye.. kena fakir dulu dan sebagainya, itu macam kurang sedap didengar lah. Hakikatnya Tengku Razaleigh adalah antara pelopor . Dalam soal ini dialah mengasaskan atau memain peranan untuk menghasilkan Akta Petroleum” ujarnya. Kerajaan Pusat mendakwa rakyat Kelantan tidak berhak menerima royalti minyak kerana punca petroleum terletak melebihi 3 batu nautika dari pesisir pantai negeri.
Tengku Razaleigh yang terlibat secara langsung dalam penggubalan Akta Petroleum 1974, dijemput Pakatan Rakyat mempengerusikan kokus royalti minyak dan gas, yang diadakan bagi merangka pindaan baru keatas Akta itu.
Muhyiddin bagaimanapun menyarankan Razaleigh supaya berhati-hati membuat keputusan kerana kokus ini dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.
“Jadi saya agak peliklah mengapa kalau kita ingin memahami, niat dan tujuan serta hak-hak yang ingin dipertahankan oleh Akta Petroleum itu, mengapa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang sebegitu. Sepatutnya dia menggalakkan”.
Ditanya sama ada gesaan Muhyiddin kepada mantan Menteri Kewangan itu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil, ujar Khalid, Ku Li punya kredibiliti dan nilai integritinya sendiri sebagai seorang yang bertanggungjawab.
“Saya rasa itulah kehendak pihak kerajaan pusat tetapi Tengku Razaleigh mempunyai kredibiliti dan nilai integriti dirinya sendiri. Dan saya rasa diapun tidak mahu terlibat dalam usaha untuk yang jelas mengkhianati kerajaan negeri Kelantan dan dia pun kebetulan rakyat negeri Kelantan". -TVS
Pada hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat. Iman yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.
Kita membaca bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw.
Kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59.
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”
Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal :
“Janganlah kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim)
Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang telah mempersoalkan, siapakah antara dua yang berbohong tentang hak mendapat bayaran wang royalti petroleum, adakah ayah atau anak?
Beliau berkata demikian di Parlimen baru-baru ini ketika membahaskan Bajet 2010 pada peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.
Katanya pada 3 November lalu, ketika sesi menjawab soalan, Dato’ Seri Najib Razak berkata kepada Parlimen bahawa daripada aspek undang-undang, Kelantan dan Terengganu tidak berhak atas royalti minyak kerana pengeluaran minyak dilakukan di luar pantai kedua-dua negeri itu. "Operasi pengeluaran dalam perairan mereka (Terengganu dan Kelantan) di definasikan sebagai kawasan tidak lebih tiga batu nautika yang diukur mulai dari tanda air rendah atau garis pantai negeri,
"ketika ini, tidak ada pengeluaran minyak di perairan Kelantan ataupun Terengganu. Oleh itu, dari sudut undang-undang, Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti minyak, sama seperti Terengganu ,"kata Najib.
Menurut Lim Kit Siang, jawapan Najib jelas bertentangan dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya, Tun Razak ketika beliau menjawab soalan beliau (Lim) sebagai Perdana Menteri kedua di Parlimen tentang isu yang sama pada tahun 1975, 24 tahun yang lalu.
Justeru dipaparkan Soal Jawab dari Hansard Parlimen pada 12 November, 1975:
Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan samada semua negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk mencarigali minyak di sepanjang pantai dan samada perjanjian tersebut mengandungi apa-apa syarat dan kepentingan bersama. Nyatakan juga keuntungan bersama yang akan diterima oleh tiap-tiap negeri.
Perdana Menteri (Tun Razak): Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor, telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petrolium, 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petrolium yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing samada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun ejensi-ejensi ataupun konraktor-kontraktornya.
Oleh yang demikian, beliau meminta Najib (anak) yang juga Perdana Menteri keenam untuk menjaga komitmen ayahnya, Tun Razak.
Katanya, ayah Najib (Tun Razak) yang juga kedua Perdana Menteri Kedua menyatakan Kelantan dan Terengganu adalah berhak keatas bayaran 5% royalti minyak bagi aktiviti pengeluaran minyak "samada di darat atau di luar pantai", sebagaimana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974,
Lim berkata lagi, salah seorang arkitek Akta tersebut adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah bercakap benar di atas hak-hak perundangan Kelantan dan Terengganu keatas 5% royalti minyak yang dihasilkan di luar pantai dan bukan sebagai "wang Ihsan".
“Jika tidak, slogan 1Malaysia Najib hanya akan menjadi bahan jenaka, jika hak-hak perundangan dan status negeri-negeri keatas bayaran royalty petroleum terus dipolitikkan,
”dan bergantung samada adakah UMNO / Barisan Nasional yang berkuasa, sebagaimana yang terjadi kepada Terengganu dan Kelantan,”katanya dalam satu kenyataan melalui laman blognya.
Tengahari tadi, Ketua Pemuda & 4 AJK PEMUDABESUT, telah meninjau persiapan bagi program Korban Perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut pada hari raya kedua nanti. Setakat berita ini ditulis, sudah 14 ekor lembu bakal dikorbankan di Padang Luas pada hari sabtu ini. Harga bahagian korban pada tahun ini dibuka pada harga RM280, RM300 & RM320. Ini lah sebahagian gambar yang sempat dirakamkan.
Kemasukan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia, Hassan Abdul Karim ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi makna baru kepada perjuangan parti.
Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik, Hassan juga terkenal dengan semangat jitu memperjuangkan prinsip kepedulian rakyat.
“Kemasukan Hassan Karim haro ini pada pandangan saya ialah tindakan yang telah dijangka kerana Hassan Karim ialah seorang pejuang yang terkenal, pejuang tokoh sosialis yang memang terbukti dari segi ketahanan dia” ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.
Mengimbas kembali bertautnya hubungan di antara PRM dan Keadilan pada suatu ketika dahulu walaupun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang adalah bukti kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.
“Sebab itu ketika mana, Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan Keadilan ketika itu, sebenarnya pada waktu itu sudah ada kefahaman walaupun pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara. Maka kemasukan Hassan Karim membuktikan sekali lagi, ianya merupakan gabungan parti-parti yang mantap".
“Yang lain-lain itu saya rasa, kemasukan Hassan Karim sekali lagi membuka ruang kepada tapak permulaan Pakatan Rakyat terus berkembang di Johor" tambahnya lagi.
Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga turut mengalu-alukan kemasukan Hassan ke dalam PKR.
Beliau berkata persiapan PKR menawan Johor Darul Takzim semakin mantap dengan kehadiran tokoh rakyat ini.
“Kita mengalu-alukan kemasukan Hassan sebagai pemimpin yang telah lama berjuang. Dia seangkatan dengan syed Hussin Ali sebenarnya. Saya rasa ini akan memperkukuhkan lagi Keadilan khususnya di Johor”
Hassan sebelum ini telah meletakkan jawatannya dalam PRM apabila usulnya agar parti komponen itu menyertai Pakatan Rakyat ditolak.
Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang di adakan 15 November lalu. -TVS
JERTIH - Banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini sejak 3 hari lalu surut sedikit. Hujan yang turun berserta ribut menyebabkan beberapa rumah di sekitar kampung Denger rosak teruk. 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing', menyebabkan PAS Kawasan Besut & PAS Cawangan Denger mengambil inisatif untuk memberi sedikit sumbangan kepada mangsa ribut tersebut. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ust Nik Muhd Zawawi Salleh. Turut serta dalam majlis tersebut ialah AJK Pemuda Besut & Ketua Muslimat Besut.
Peguam Yusmadi Yusof yakin rakyat Selangor akan pertahan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan punca tanah runtuh Bukit Antarabangsa.
Ketika ditemui di Parlimen hari ini, Yusmadi berkata beliau tidak terkejut sekiranya pemerintah mengambil tindakan terhadap Khalid kerana membongkar dokumen Akta Rahsia Rasmi.
“Bagi saya ini adalah satu perkara yang amat ditakuti oleh BN kerana ia akan membuka pekung di dada”, kata beliau. Laporan tersebut mendedahkan paip pecah antara punca kejadian tanah runtuh yang menelan nyawa lima penduduk Bukit Antarabangsa.
Kerajaan Persekutuan bagaimanapun bertindak pantas atas alasan dokumen itu dibawah bidang kuasa Kabinet, dan memberi amaran untuk tidak mendedahkan dokumen itu.
Yusmadi menegaskan tindakan Khalid harus disokong dan dipertahankan atas dasar ketelusan dalam pemerintahan.
“Disini kita menunjukkan kita kerajaan yang berkeyakinan tinggi maksudnya kita tidak takut kita dikritik dan kita tidak takut untuk mewar warkan salah laku kerajaan terhadahulu”. – Hadri Yaziz
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.
Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.
Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.
Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.
Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.
Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.
"Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.
Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.
Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.
Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon.~ MALAYSIAKINI
Dah dapat jangka...Kes Kota Seputeh = Kes MB Perak... Keputusan mahkamah rayuan begitu cepat... SPR memang barua UMNO
Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, dijemput mengetuai Jawatankuasa Kaukus Parlimen menyiasat isu royalti minyak Kelantan.
Tengku Razaleigh Hamzah, yang terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974, dilihat sebagai calon terbaik mempengerusikan Kaukus ini.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Razaleigh telah menerima jemputan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.
“Saya dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersetuju bersama dengan Kaukus mengenai petroleum. Kita mencadangkan Kaukus ini mewakili semua parti. Dan kita akan menjemput wakil dari UMNO, MCA dan lain-lain selain daripada Pakatan Rakyat. Terutamanya negeri-negeri pengeluar minyak, Kelantan Terengganu, sabah dan Sarawak”.
Kaukus yang akan ditubuhkan Pakatan Rakyat ini bertujuan merangka pindaan untuk Akta Petroleum 1974.Pindaaan ini dilihat perlu bagi memastikan negeri-negeri pengeluar minyak seperti Kelantan mendapat royalti minyak sewajarnya sepertimana yang telah dijanjikan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu mengadakan perbincangan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen kira-kira 30 minit.
Turut menyertai perbincangan itu ialah Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua. -TVS
Mayat mantan Setiausaha Politik Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock selamat disemadikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih tepat jam 10 pagi tadi.
Majlis pengkebumian semula itu dihadiri oleh abangnya, Teoh Bee Kee, adiknya, Teoh Lee Lan dan saudara mara yang lain.
Kedua ibu bapa mendiang bagaimanapun tidak hadir ke kawasan pengkebumian sebaliknya hanya menunggu di sebuah kuil di situ mengikut adat resam masyarakat Cina. Turut hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; mantan majikan mendiang, Exco Ean Yong Hian Wah dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Menurut adik mendiang, Teoh Lee Lan pihak keluarga kini berasa tenang setelah mendiang selamat dikebumikan dan berharap pembunuh abangnya dapat dihukum.
“Beng Hock hari ini dia ditanam semula, kami sekeluarga rasa lebih tenang dan berharap kebenaran akan diberi kepadanya dan sesiapa yang telah membunuhnya dihukum,” katanya.
Sementara itu, Ean berkata tiada siapa yang akan faham penderitaan dialami keluarga mendiang yang terpaksa menjalankan bedah siasat kedua ke atas Beng Hock semata-mata untuk mencari kebenaran.
Katanya, kini dunia akan tertumpu kepada Perdana Menteri Najib Razak sama ada dapat menunaikan janji 1 Malaysia yang dilaungkan untuk membawa keadilan.
“Dunia melihat Najib dan pentadbirannya adakah beliau sanggup untuk menunaikan janji 1 Malaysia yang dilaungkan untuk mendapatkan kebenaran dan mengembalikan semula keadilan untuk Beng Hock.
“Jika beliau gagal berbuat demikian saya rasa mana-mana rakyat Malaysia boleh menjadi mangsa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka akan kehilangan hidup yang berharga tanpa sebab,”katanya. TVS
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah meletakkan harapan agar bedah siasat kedua ke atas mayat bekas pembantunya, mendiang Teoh Beng Hock menemui punca kematian sebenar.
Ean ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi berkata, rakyat termasuk ahli keluarga Teoh sendiri yakin Teoh mati dibunuh, bukan akibat terjatuh daripada bangunan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Saya sangat berharap bedah siasat kali ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada kita apakah punca kematian Teoh,"
"Rakyat sendiri percaya Teoh mati dibunuh oleh orang yang ada di sekelilingnya waktu dia disoal siasat," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Kembangan.
Ditanya mengenai dakwaan peguam keluarga mendiang Teoh, Gobind Singh Deo bahawa terdapat sekumpulan individu yang tidak dikenali mengekori pakar patologi Thai, Dr Porntip Rojanasunand sejak kelmarin, Ean percaya ianya adalah tindakan musuh politik berniat untuk menakut-nakutkan Dr. Phorntip.
Saya pasti kejadian itu memang berlaku.Individu-individu tersebut patut dedahkan diri mereka, bukan bertindak demikian," katanya lagi.
Gobind dilaporkan sebagai berkata, beberapa buah kereta mengekori Dr. Porntip balik ke hotel dan kemudiaanya ke tanah perkuburan di Semenyih sejak petang Jumaat.
Menurutnya juga, pihak polis telah menugaskan beberapa anggotanya memantaunya sejak dimaklumkan mengenai perkara itu.
Mayat mendiang Teoh yang digali semula dari tanah perkuburan Semenyih Sabtu lalu dan bedah siasat kali kedua dilakukan oleh Dr. Khairul Aznam dan Dr. Prashant Samberker yang memberitahu inkues kematian Teoh bahawa mendiang membunuh diri.
Seorang lagi pakar patologi, K Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ditugaskan merakamkan gambar bedah siasat tersebut.
Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sungai Buluh itu mengambil masa kira-kira dua jam dan selesai dijalankan pada jam 3 petang semalam.
Bagaimanapun, laporan bedah siasat hanya akan diumumkan apabila inkues disambung 9 Disember depan.
Mendiang Teoh ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Musalam di Shah Alam pada 17 Julai lalu, sehari selepas dia disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM).
Kerajaan kemudiannya mengarahkan diadakan inkues berhubung kematian mendiang Teoh dan keterangan Dr Porntip telah mendorong keluarganya meminta bedah siasat kedua dijalankan.
Dr Porntip memberitahu inkues tersebut bahawa berdasarkan foto dan laporan bedah siasat pertama, beliau mengesyaki 80 peratus kemungkinan kematian mendiang Teoh adalah homisid.
Pakar patologi terkemuka Thai itu yang bertugas dengan Jabatan Kehakiman negara itu, hadir memantau bedah siasat hari ini bagi pihak kerajaan Selangor.
Manakala SPRM pula mendapatkan khidmat pakar patologi Britain, Dr Peter Venezis (kanan) yang terkenal dengan siasatannya terhadap kematian Puteri Diana.
Gelombang kedua banjir yang melanda besut kali ini, memberi kesempatan kami beriadah sambil mengisi lapang. Ketua Pemuda Besut & 3 orang AJK Pemudabesut sama-sama turun ke sungai untuk memukat ikan darat... Inilah sebahagian gambar yang dapat dirakamkan
Menantu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abd Rahman seorang exco Pemuda PAS Kelantan, yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas, meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.
Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah. Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan? Ya
Bila nak letak tu? Tarikh itu terserah kepada dia.
Tapi tadi tok guru kata apa yang berlaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan? Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.
Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,
Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.
Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK? Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?
Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur, sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.
Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah? Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.
Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya? Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB sendiri.
Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan? Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca. Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)
Transkrip penuh sidang media Abdul Ariffahmi
Macam mana pendirian saudara Arif? (gambar) Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.
Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya.
Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.
Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.
Bila saudara akan lepas jawatan? Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.
Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan? Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.
Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik? Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.
Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang? Sebenranya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.
Saya nak ulang lagi, apa yang dtulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.
Apa rancangan masa depan? Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.
Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .
Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .