Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

7 Okt 2008

Para pemimpin PAS sepakat kini

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Alhamdulillah. Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu para ahli dan penyokong PAS telah tiba apabila para pimpinan PAS sepakat dalam menghadapi perkembangan semasa.
.
Ia dibayangkan melalui keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS Isnin, 6 Oktober lepas yang menyatukan hampir kesemua pandangan saf kepimpinan utama PAS.
.
Mesyuarat itu memutuskan PAS akan bekerjasama sepenuhnya dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk berusaha sepenuhnya bagi membentuk kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan BN yang ada.
.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS itu memutuskan, PAS akan telibat sepenuhnya dengan usaha itu dan akan menghantar pemimpin paling kanan untuk semua mesyuarat dengan pemimpin Pakatan.
.
Kalau sebelum ini, mesyuarat Pakatan banyak diwakilkan kepada pemimpin junior dalam PAS, mesyuarat itu memutuskan semua mesyuarat selepas ini akan disertai oleh pemimpin paling senior dalam PAS.
.
Lima pemimpin yang terpilih adalah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalanya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu di samping Setiausaha Agung Datuk Kamarudin Jaffar.
.
Siasah dalam keluaran lalu membuat laporan utama tentang masalah perbezaan pendapat yang ketara dalam PAS dengan tajuk muka depannya “PAS: Selesaikan perbezaan segera”.
.
Laporan itu memberikan amaran, jika pimpinan PAS tidak berbuat sesuatu, parti itu bakal menghadapi krisis dalam yang ketara.
.
Ia berkaitan dengan pembentukan kerajaan baru yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebahagian pemimpin PAS setuju manakala sebahagian lagi ragu-ragu. - dupahang

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.