Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

7 Okt 2008

Iskandar: Ada masanya perbezaan dalam PR perlu dizahirkan

Ada masanya perbezaan pandangan di dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) perlu dizahirkan agar ia dapat menunjukkan bahawa parti-parti komponen sentiasa peka dan tidak dituduh sebagai hanya rakan kongsi yang tidak berperanan, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Beliau menyatakan perkara itu mengulas perbezaan pandangannya dengan Exco Kerajaan Tempatan & Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu yang menggantung Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Hamid Hussain dari tugas setelah dia dikatakan mengarahkan perobohan sebuah kuil Hindu di Ampang Tasik.

Iskandar sebelum ini menafikan kenyataan Ronnie yang menyebut penggantungan Abdul Hamid adalah keputusan Exco Selangor.

Beliau juga menyatakan, sepanjang ingatannya tidak ada mesyuarat Exco atau perbincangan Exco yang mengambil keputusan untuk menggantung Abdul Hamid.

Beliau juga bimbang tindakan ke atas Abdul Hamid akan melemahkan semangat kakitangan kerajaan negeri dan mereka sekarang berada di dalam kedudukan yang amat menyulitkan.

"Bolehkah mereka bertindak ke atas perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang atau mereka perlu "tutup sebelah mata" kerana takut dimarahi oleh orang-orang politik?" Iskandar mempersoalkan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu amat bimbang jika tindakan "menutup sebelah mata" dimulakan, ia memberi implikasi seolah-olah tidak ada lagi undang-undang di dalam masyarakat.

"Walaupun isu yang saya bangkitkan bukan isu yang melibatkan kaum tetapi persoalan integriti dan moral pegawai-pegawai kerajaan, perbezaan pendapat yang berlaku telah menunjukkan kepada rakyat bahawa PR yang memerintah Selangor memberi seluas-luas ruang kepada parti-parti di dalamnya untuk menyatakan pendirian masing-masing. Kecualilah saya digantung atau dipecat selepas ini!" kata Iskandar yang juga Adun Chempaka. Kawasan DUN tersebut berada di bawah bidangkuasa MPAJ.

Ia menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat bukan BN yang didominasi oleh sebuah parti dan meminggirkan parti-parti yang lain, katanya lagi.

"Tetapi perlukah perbezaan ini dizahirkan atau diketahui umum? Kenapa tidak hanya dihadkan kepada bilik-bilik mesyuarat?

"Saya berpendapat, sekali-sekala, perbezaan ini perlu dizahirkan. Sekurang-kurangnya ia dapat menunjukkan bahawa parti-parti komponen sentiasa peka dan tidak dituduh sebagai hanya rakan kongsi yang tidak berperanan.

"Ia dapat memperkuatkan parti-parti komponen dan tidak mengalami nasib yang sama seperti MCA dan MIC yang sedang berada di dalam "ICU," kata beliau di dalam blognya, iskandar56100.blogspot.com

Menurut Iskandar, selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Umno telah dipersalahkan oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain kerana terlalu mendominasi pakatan itu.

"UMNO seolah-olah tidak memberi peluang untuk berperanan kepada parti-parti seperti MCA dan MIC yang dikatakan bagaikan "lembu dicucuk hidung".

Mereka terpaksa menjadi "yes man," katanya.

Orang Cina menolak MCA kerana ia dianggap tidak berani untuk bercakap untuk kepentingan orang Cina di dalam kerajaan. MIC juga ditolak kerana dianggap gagal menyuarakan hak orang India, katanya lagi.

Merujuk kepada isu tersebut, Iskandar juga berharap semua pihak perlu saling memamahami prosedur dan undang-undang di Selangor berhubung pembinaan rumah ibadat supaya tidak berlaku konflik di dalam masyarakat.

"Undang-undang mesti dihormati, jika undang-undang itu dilanggar maka akan timbul huru-hara kepada kerana rakyat akan melakukan apa sahaja yang mereka suka dan tidak ada rakyat yang selamat," katanya.

Menurut Iskandar, mengikut keperluan di kawasannya, dua buah masjid dan 10 buah surau lagi diperlukan bagi menampung keperluan umat Islam untuk beribadah dengan sempurna.

Tiga buah surau terpaksa digunakan untuk solat Jumaat kerana jumlah masjid yang tidak mencukupi di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, kata beliau, demi mematuhi undang-undang yang ditetapkan, pembinaan masjid yang diperlukan itu ditangguhkan dahulu.

Inilah kali pertama sejak penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, berlaku perbezaan pendapat secara terbuka di kalangan exco-exco.

"Saya yakin ianya akan memperkuatkan pakatan ini kerana ianya adalah satu proses faham memahami di antara satu sama lain. Berkawan semasa memerintah berbeza dari berkawan semasa membangkang," kata Iskandar.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar menganggap keputusan Ronnie menggantung tugas Abdul Hamid dibuat berdasarkan kapasiti Ronnie sebagai Exco yang bertanggungjawab terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau juga menyatakan tiada pihak berhak untuk merobohkan rumah ibadat sama ada masjid, surau, kuil, tokong mahupun gereja walaupun ia dibina secara tidak sah.

Isu Kuil Sri Maha Kalliaman bermula apabila MPAJ merobohkan kuil tersebut pada 19 September lalu kerana ia dibina di atas tapak milik kerajaan negeri tanpa mendapat kelulusan walaupun kuil tersebut telah beroperasi lebih daripada 10 tahun. ~ Harakahdaily

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.