Orang-orang yang ingin mendapatkan cinta Allah akan sentiasa mencari jalan untuk hampir kepadaNya dan menjauhi daripada segala yang melalaikannya daripada Allah. Bukan mudah nak cinta Allah. Nak buat kerja yang dia suruh terlebih mudah daripada itu. Jalan untuk sampai kepadaNya juga terlebih banyak duri daripada menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu daripadaNya. Dalam perkara ini hendaklah difahami betul-betul,belum tentu orang yang bercakap sesuatu tentang agama,dia kasih pada agama. Dan belum tentu orang yang boleh bercakap dan berkebolehan menghuraikan tentang Allah s.w.t. dengan panjang lebar,dia kenal Allah dan kasih kepadaNya. Adapun para syuhda’ ini telah menzahirkan kecintaannya kepada Allah dan sah yakinnya dengan apa yang dijanjikan Allah. Dari kerana itu mereka tidak takut dengan mati kerana mempertahankan agama. Adapun kita yang belum diuji ini,jangan ego mendabit dada selagimana belum diuji sebagaimana yang telah diuji ke atas mereka itu. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas mereka itu di atas segala pengorbanan yang telah ditunjukkan dan semoga menjadi ikutan bagi jenerasi akan datang ”.
Demikiankanlah di antara apa yang disebutkan oleh Ketua DPPKB yang juga sebagai AJK Pemuda Pas Negeri,Ust Adam Said yang akan meninggalkan barisan pemuda tak lama lagi.
Selepas kami menziarahi makam syuhada’ Memali, kami mengambil kesempatan pula menziarahi Syekh Mahmud di Madrasah Nurul Iman, Batu 5 Sik. Sesampai di sana kami mengambil kerehatan sebentar. Ketika hampir dengan maghrib,kami diminta untuk masuk berjumpa dengannya. Sambil berbual dan minum kopi yang dihidangkan kepada kami, beliau menceritakan usaha yang sedang dibuat dan akan dibuat untuk kesejahteraan dan keamanan manusia umumnya tidak mengira bangsa dan keturunan. Dan tugasan besar yang dijalankan oleh beliau ialah memimpin dan membawa manusia kepada Allah. Dengan lain perkataan untuk membawa hamba itu mengenal tuhan yang menjadikannya. Hujung minggu ni beliau akan ke Thailand dan selepas itu akan ke Brunei Darussalam.
“ Saya dah lama mengenalinya. Lebih daripada 10 tahun yang lalu. Pernah ikuti program yang dipimpin oleh beliau sama ada di Hulu Langat,Selangor,Batu 5 Sik dan pernah semasa di Makkah. Nasihat-nasihat yang diberikan, bagi saya amat berguna. Memang begitulah usaha yang dilakukan oleh beliau di mana sahaja beliau pergi. Sama ada dalam negara atau luar negara. Beliau menziarahi di mana-mana jua negara apabila didapati adanya orang-orang soleh di tempat itu. Lebih-lebih lagi yang disifatkan oleh beliau orang-orang yang dalam perjalanan menuju Allah. Beliau juga suka berbincang dengan pemimpin-pemimpin masyarakat. Baru-baru ini dengan Pak Lah dan Anuar Ibrahim. Dan satu ketika dulu saya pernah mengikuti rombongan beliau ke Masjid Rusila kerana perjumpaannya dengan Tuan Guru Presiden Pas ( semasa itu MB Terengganu)”. Kata Us. Adam Said kepada AJK Pemuda yang turut serta dengannya pada ziarah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan