Daripada Ketua DPPKB
Kepada sahabat-sahabat yang sama-sama menjalankan tugas di Bukit Gantang. Sama-sama kita banyak ingat Allah dalam usaha yang kita jalankan. Taqwa, ikhlas dan sabar menjadi alat utama dalam perjuangan.
Bagi pejuang-pejuang Islam khususnya pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang, ingatlah bahawa untuk berjaya (tidak untuk menang semata-mata), jalannya amat sukar. Hubungan dengan Allah hendaklah dipelihara. Sentiasa kembali kepadaNya dalam semua keadaan. Strategi yang disusun bagaimana cantik sekalipun, itu bukan penyumbang utama untuk kejayaan walaupun kemenangan diberi oleh Allah.
Kita nak kemenangan serta kejayaan. Kita tak nak kita menang,tetapi kita dikuasai oleh musuh. Kita lihat dan kita yakin bahawa Islam itu benar.
Dengan itu saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekelian,peliharalah hukum Allah dalam semua perkara. Kita berjuang supaya pihak kerajaan menjalankan hukum Allah dalam pemerintahan negara,kita juga jangan melanggar hukum Allah dalam kehidupan kita dan pelihara hukum Allah dalam mentadbir keluarga. Jangan sampai berlaku seperti mana berlaku pada sesetengah orang,disuruh orang supaya patuh pada hukum Allah, dia sendiri berpaling daripada hukum Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan