Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

16 Apr 2009

PERAK : Mahkamah Lebih Berkuasa Daripada Dewan Negeri?


Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa pengantungan Zambry dan kuncu-kuncunya oleh Speaker Negeri Perak adalah salah. Pihak Mahkamah telah menjejak kaki ke Dewan Negeri untuk menyelesaikan masalah dalaman. Dimanakah garis pemisah doktrin pengasingan kuasa di Malaysia? Nampaknya Mahkamah sudah lebih berkuasa daripada Dewan Negeri yang ahlinya dipilih oleh rakyat.

Imuniti Dibawah Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan
Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.


(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.


(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.


(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.


(5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja berperlembagaan Negeri itu.

Siapakah yang menyalahgunakan kuasa sekarang?

[Mahkamah Persekutuan telah membuat satu sejarah baru dalam dunia komenwel dengan meniadakan kuasa Speaker berkaitan dengan hal-ehwal Dewan Negeri. Ini merupakan satu tamparan kepada amalan doktrin pengasingan kuasa yang mejadi tunggak kepada demokrasi sesebuah negara. Hari ini merupakan 'hari kematian' Montesquie bapa doktrin pengasingan kuasa yang termahsyur. Apakah pandangan Majlis Peguam Malaysia berkaitan dengan perkembangan terbaru ini?]

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anda berhujah guna fakta undang-undang dengan menyebut artikel yang tidak berkenaan dengan fakta kes dengan tujuan menghasut dan berbohong:-

1. Menidakkan keputusan Mahkamah. Ini biasa pada puak anda kerana akan sentiasa menyalahkan apa sahaja yang tidak menyebelahi kehendak anda. Apabila sesuatu itu memihak kepada anda serta merta yang tak elok jadi cantik belaka.Apabila yang tidak elok terkena kat batang hidung puak anda, dunia jadi bisu,pekak dan buta. Tapi anda lupa Allah tidak.

2. Mengulas artikel undang-undang dengan petik mana yang boleh sokong hujah anda sahaja. Mana yang tidak menyokong dipendam dari ulasan walaupun ianya terpakai. Ini namanya politik suku.

3. Isu gantung YAB Dato Dr.Zambry dibuat oleh Siva di LUAR DEWAN. Jawatankuasa dia dakwa,J/kuasa sama bicara, J/kuasa itu hukum, J/kuasa itu juga umum. Dewan tidak bersidang untuk mengambil bahagian dalam hal ini. Jadi fakta kes tidak ada kena mengena dengan imuniti dewan dsbnya. Isu yang pokok disini ialah penyalahgunaan kuasa oleh Siva untuk menyampaikan maksud puak dia dan cuba menzalimi pihak Dr.Zambry dan kemudian kelirukan orang sehingga yang benar dilihat bersalah sementara yang bersalah dilihat betul.Ini perbuatan luar landasan keadilan dan menyimpang jauh dari ajaran Islam. memanglah dia bukan Islam, Anda bagaimana?

3. Kemudian dengan niat jahat, Siva dan Nizar dengan badut-badut dan Tok Dalang dia bersidang secara haram dibawah pokok untuk mengesahkan segala perbuatan Siva. Ini tak lebih sidang rubber stamp untuk halalkan yang haram.

Sebagai orang Islam yang beriman dan bertakwa, puak anda cakap tak serupa yang dibaca oleh Ustadz Nga.Memanglah Ustad Nga kita tak boleh ikut sebab dia tidak beriman dengan apa yang dia baca dan kata.Hanya orang munafikun yang akan berpakat-pakat dengan pendusta agama untuk mendapat sedikit faedah darinya.

Sebagai Melayu yang beragama Islam, anda dan puak anda bergadai jiwa dan raga untuk berpakat-pakat meneruskan usaha menjahanamkan kesatuan dalam Islam.

Carilah dari kitab yang dibaca oleh Nga akan hukum hakam berperangai seperti ini.

Menurut ajaran Islam, perbuatan menipu, mengelirukan hakikat dan memecah belahkan umat adalah hina dan berdosa. Islam ialah perpaduan dan perpaduan adalah asas penting didalam Islam. Apa gunanya pencapaian yang terhasil dari perpecahan umat?

Artikel yang anda gunakan diatas adalah jelas tidak ada kena mengena dengan isu penggantungan YAB Dato Dr.Zambry dan menyebut ia sebagai ulasan untuk membidas keputusan Mahkamah dalam kes ini adalah satu pembohongan yang berniat jahat untuk mengelirukan orang dengan sedar dan ianya adalah menipu. Hanya orang gila sahaja yang tidak berdosa kerana perlakuannya tetapi bagi anda yang cuba menghasut orang dengan menipu ini adalah samaada bodoh atau memang penghasut yang menipu. Kalau pegangan anda ialah matlamat menghalalkan cara, itulah anda disisiNya kelak.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.