


Realiti yang ada, membuktikan dukungan pengundi muda di sana lebih kecil berbanding pilihan kecil Kuala Terengganu Januari lalu. Ini kerana di Bukit Gantang penyertaan pengundi muda (dengan mengambil kira kohort umur 21-40 tahun) hanyalah 33.59% daripada 55,562 pengundi yang layak. Keadaan ini mungkin disebabkan komitmen mendaftar sebagai pemilih amat rendah di kalangan orang muda. Ia boleh jadi ada hubungannya dengan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), mahupun pihak parti di dalam menggerakkan orang muda mendaftar.
Jadual berikut adalah menerangkan senario sokongan pengundi muda kepada PAS dan BN (berdasarkan analisis keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April lalu) .

1 ulasan:
Jalankan kempen daftar pengundi, jangan harap SPR yang buat. PArti kena buat la,
Catat Ulasan