Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

4 Ogo 2008

DSAI akan disabotaj? ~ Malaysiakini

Oleh zul4kulim

aAssalamu alaikum to all,

Demam pilihanraya kecil Permatang Pauh mula terasa. SPR akan bermesyuarat Rabu 6 Ogos untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian. Maklumat yang diterima menyatakan bahawa penamaan calon akan diadakan pada hari Sabtu 16 Ogos dan pengundian pada 24 Ogos. Ini dibuat kerana Ameno/ Be End mahu pastikan bajet yang akan dibentangkan dalam sidang Parlimen pada Jumaat 29 Ogos tidak tenggelam dengan suasana pilihanraya kecil. Juga mulai 1 Sept umat Islam sudah mulai berpuasa Ramadhan.

Kami turut difahamkan bahawa kemungkinan besar DSAI akan dikenakan pertuduhan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dengan tuduhan melakukan seks diluar tabii pada hari Jumaat 15 Ogos. Apa yang kami khuatirkan ialah pertuduhan itu akan digunakan untuk membatalkan penamaan calon DSAI sekaligus memberi kemenangan percuma kepada calun Be End.

Kita berharap SPR/Ameno & Be End menyedari bahawa seluruh dunia sedang bertumpu ke pilihanraya kecil Permatang Pauh. Sebarang cubaan untuk menipu atau sabotaj pilihanraya ini akan membawa padah yang buruk kepada negara samada dari segi ekonomi, perdagangan dll.

Be as it may, kami dari Jentera Parlimen Kulim Bandar Bharu sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk memberikan apa jua bantuan untuk memastikan kemenangan DSAI di Permatang Pauh. Kebetulan setelah pengumuman untuk bertanding di Parlimen Kulim BB tempoh hari oleh DSAI kami telah menggerakkan seluruh jentera di KBB. Cuma kami perlu memindahkan gerak kerja jentera ke Permatang Pauh yang sebenarnya merupakan jiran terdekat kami. Saya penuh bangga melihat komitmen jentera Parlimen KBB yang begitu bersemangat untuk membantu Permatang Pauh. Moga ALLAH memberkati usaha dan perjuangan kita semua..insyallah.

Adios..

Zulkifli Noordin
http://zul4kulim.blogspot.com

3 Ogo 2008

AL-FATIHAH KEPADA KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS TERENGGANU


Seluruh warga DPPK Besut mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Terengganu Hajjah Hamidah Daud telah meninggal dunia di KLIA jam 11.00 pagi (3 Ogos 2008).
Beliau yang juga AJK PAS Kawasan Kuala Nerus dan Ketua Muslimat DUN Bukit Tunggal.
Lebih dikenali dengan Kak Dah dikalangan petugas Parti tinggal di sebelah Madrasah DarulTaqwa, Pekan Batu Enam Kuala Terengganu.

Kisah Saidina Ali & Pengemis....


Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham.

Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah.

Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?"

Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR

Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.
Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.
Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.
Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

* Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan dan pengajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... *

Wassalam

TOK GURU : Tegur paluan kuat dalam Dikir Barat

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegur penggiat dikir barat yang terlalu mementingkan paluan peralatan muzik digunakan berbanding isi yang disampaikan.

Keadaan itu katanya, akan memesongkan hadirin dengan mendengar paluan rebana yang lebih nyaring, daripada mendengar nasihat berunsur dakwah yang disampaikan oleh pendikir.

Sehubungan itu beliau menasihatkan paluan peralatan muzik dalam dikir barat dapat dikurangkan supaya unsur-unsur dakwah dan nasihat yang disampaikan memberi faedah kepada masyarakat.

“Jangan terlalu kuat (paluan) sehingga kita tidak mendapat sesuatu pun daripada apa yang dinyanyikan.

“Saya bukan kata tidak boleh tetapi sekadar mengurangkan sedikit bunyinya,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Masjid al-Khairiyah Kampung Belahat di sini, kelmarin. LAGI....

.::DIKIR BARAT PAS::.


Wan Azizah: Daripada Surirumah Kepada Ketua Pembangkang ~ Malaysiakini

Pautan berita Malaysiakini 1/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: P'raya Ptg Pauh ditentu 6 Ogos

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan tidak disangka-sangka, menceburi bidang politik yang mengubah hidupnya daripada seorang surirumah menjadi Ketua Pembangkang, ekoran penahanan suaminya yang tersayang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan rasuah dan liwat.

Dr Wan Azizah, 55, ibu kepada enam anak -- lima perempuan dan seorang lelaki -- melepaskan jawatannya dalam kerajaan sebagai optalmologi untuk berada di sisi Anwar ketika suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993.

Ketika Anwar dipecat daripada Umno dan ditahan kerana dakwaan rasuah dan liwat pada 1998, beliau mengetuai Social Justice Movement (Adil), sebuah badan bukan kerajaan hak asasi awam (NGO) bagi memperjuangkan pembebasan suaminya dengan bantuan keluarga, rakan karib dan para penyokongnya.

Daripada sebuah NGO, Adil menjadi platform untuk penubuhan Parti Keadilan pada 4 April, 1999, sebuah parti politik yang pada awalnya memperjuangkan pembebasan Anwar. Dr Wan Azizah, dilantik sebagai presiden penaja dan kemudian sebagai presiden parti. LAGI.....

2 Ogo 2008

Saiful Bukhari buat ancaman bunuh ke atas seorang blogger ~ Malaysiakini

Pautan berita Malaysiakini 2/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: "Saiful dedah kunjungan ke luar negara".























































Dipetik dari :
Blog Tune Your Ringgit

Tok Guru : DSAI boleh mendapat undi yang besar ~ Malaysiakini

Pautan berita Malaysiakini 1/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: Najib: BN sukar gugat Anwar

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, tiada sesiapa berhak mempertikaikan tindakan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana ia merupakan hak mutlaknya untuk berbuat demikian.

"Hak dia (Dr Wan Azizah) untuk lepaskan jawatan (untuk diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim)... kalau saya nak lepaskan jawatan pun hak saya juga dan saya sendiri tidak ada sebab untuk tidak menyokong Anwar nak bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Tahfiz al-Riyadh di sini.

Laporan Bernama hari ini menyebut, Menteri Besar Kelantan itu juga yakin isu negatif yang dikaitkan dengan Anwar tidak akan menjejaskan kredibilitinya dan tidak mustahil untuk beliau meraih majoriti undi yang besar pada pilihan raya kecil itu kelak.

"Rakyat kini dah akil baligh (matang). Mereka boleh faham dan nilai sesuatu perkara dan bagi saya isu yang dikaitkan dengan Anwar adalah isu jijik yang sepatutnya tidak terlalu diperbesarkan," katanya.- ~ harakahdaily

Ulasan : Pemuda Besut

* Ambo sungguh kagumi Ketokohan Tok Guru dari semua segi. Terbaru kenyataan tentang bubar PAS & UMNO kemudian tubuh parti baru. Apa yang menariknya ialah betapa di antara ramai di kalangan pimpinan PAS mahu pun UMNO, tiada seorang pun yang pernah saya dengar mengeluarkan kenyataan seperti Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS ini. Jika kita renung sejenak, sudah tentu kenyataan Tok Guru itu kedengaran aneh.

Apakah sebenarnya makna Parti Islam SeMalaysia kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini? Berpuluh-puluh tahun berjuang dalam PAS sehingga menjadi pemimpin terkanan, lebih kanan daripada Presiden, tiba-tiba sanggup untuk membubarkan PAS, satu-satunya parti yang mendokong perjuangan Islam di tanahair kita ini. Pelik bukan? Seolah-olah PAS bukan maksud hakiki dalam perjuangan Tok Guru. Apa sebenarnya yang beliau mahukan? LAGI...

SAIFUL..SAIFUL.... ~ Malaysiakini



Pautan berita Malaysiakini 2/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: "Saiful dedah kunjungan ke luar negara".

CATATAN dr BLOG SAIFUL :

Tugas-tugas seorang BEKAS "Coffee Boy" kepada DSAI

Assalammulaikum dan salam sejahtera,

Di sini, ingin saya terangkan tugas-tugas saya sebagai seorang "Coffee Boy":

1) Membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staff menguruskan jadual DSAI.

2) Mengatur pertemuan sulit. (e.g ahli parlimen yang hendak lompat parti , mesyuarat di Kondo Desa Damansara milik EN HASSANUDIN yang juga seorang ahli/ketua cawangan Parti PAS)

3) Mengiringi DSAI ke :

a) Hong Kong- Awal Mei 2008
b) Bangkok - Hujung Mei 2008
c) Singapore- 16 dan 18 Jun 2008

4) Selanjutnya saya akan BONGKAR di mahkamah nanti. Diharap bersabar.

Terpulang kepada anda untuk mempercayai atau tidak. Atau cuba minta DSAI jelaskan sendiri samaada benar atau tidak.

Kepada DSAI, saya mengucapkan selamat bertanding.

Buat saudara saudari sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan melakukan SUMPAH dalam masa terdekat memandangkan siasatan kes saya ini seperti yang dimaklumkan telah pun selesai.

Saya berdoa agar pihak Pejabat Peguam Negara dapat mengambil kes ini kerana saya mahu mendapatkan KEADILAN.

Yang Benar
SAIFUL BUKHARI


Ulasan: penarikbeca

Saya orang Islam. Saya akan percaya apa yang dituduh memang berlaku jika dibuktikan tanpa sebarang keraguan oleh penyiasatan dan perbicaraan yang adil.

Kalau memang benar ia berlaku, selagi lagi saya kata, kalau; kalau memang benar berlaku, tidak mungkin seorang tok wan yang berumur 60 tahun boleh memaksa seorang yang muda lela dan jauh lebih berkudrat untuk tahan pungkoq kat dia. Ia berlaku dengan rela dan si penuduh juga jahat macam setan.

Tok wan berumur 60 tahun itu juga tidak ada kuasa. Dia bukan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Peguam Negara atau Ketua Polis Negara. Sekali lagi, kalau ia berlaku. Sekali lagi, kalau ia berlaku.

AL-FATIHAH KEPADA MANTAN PESURUHJAYA PAS TERANGGANU (1957 - 1966)

Seluruh warga DPPK Besut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ahmad Azzam Hanafiah, yang kembali ke rahmatullah kelmarin, 31 Julai 2008 kira-kira 10.15 malam.

Allahyarham adalah bekas Exco Kanan Kerajaan Terengganu pada pemerintahan kali pertama PAS sekitar tahun 1959 hingga 1961.

Pada waktu itu, Allahyarham adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu (1957 - 1966) dan beliau antara pemimpin awal yang ditugaskan oleh Presiden PAS, Dato' Mohd Asri Muda untuk mengembangkan pengaruh parti itu di negeri tersebut.

Hujung hayatnya, Allahyarham banyak mengajar agama di masjid dan surau serta aktif dalam Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Allahyarham Ahmad Azam, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.15 malam hari khamis malam Jumaat 31 Julai 2008 ( 28 Rejab 1429) di rumah beliau, Jalan Teluk Gadung Kecil Off Jalan Yadi, Klang. Semoga keluarga Allahyarham dapat bersabar dan meredhai kepulangan Alahyarham ke pangkuan Ilahi. Al-fatihah

Usaha Memurtadkan Pramugari Muslim MAS


Terdapat usaha-usaha di kalangan beberapa kakitangan MAS yang cuba memurtadkan krew dan pramugari-pramugari MAS semasa mereka dalam penerbangan. Usaha sebegini dikatakan sudah sekian lama berlaku tanpa tindakan serious diambil oleh pihak yang berwajib.

Pada awal tahun ini [22 Jan 2008] terdapat satu lagi usaha tersebut yang dilakukan oleh seorang Chief Steward semasa dalam penerbangan MH0140 dari Brisbane ke KL. Beliau dikatakan telah cuba mempengaruhi pramugari-pramugari MAS untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian dengan memberi hujah-hujah yang mengelirukan. LAGI...


EZAM @ PIRDAUS ??? ~ Malaysiakini




Pirdaus kata: Sukar bagi calon BN

Datuk Pirdaus Ismail, calon BN yang tewas dua kali di Permatang Pauh, berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menang mudah apabila bertanding pada pilihan raya kecil tidak lama lagi LAGI...

Masyarakat Permatang Pauh belum dapat terima Ezam

BUKIT MERTAJAM: "Kami mahu anak Permatang Pauh menjadi calon," kata Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid mengenai calon yang bakal dipilih oleh Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Parlimen Pauh, tidak lama lagi. LAGI....


TETAPI HAKIKATNYA....

Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali ke Permatang Pauh. Permatang Pauh adalah kerusi tradisi milik Anwar dan keluarganya yang diwakili selama lebih 25 tahun mulai 1982 sehingga 2008.
Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama 16 tahun mulai 1982 sehingga 1999. Kerusi tersebut yang terpaksa dilepaskannya akibat dipecat, didakwa dan dimalukan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ketika itu. LAGI.....

Beginikah Barisan Kabinet PR selepas DSAI menang? - Malaysiakini

1 Ogo 2008

Azmin Ali jadi Ketua Pembangkang? - Malaysiakini


Ulasan berikut :Azizah undur, Anwar tanding di Ptg Pauh

Adakah Azmin Ali akan menjadi ketua Pembangkang ekoran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

Sehubungan dengan itu, kerusi ketua Pembangkang kosong. Mengikut akhbar utusan meloya hari ini mengandaikan Azmin Ali akan menjadi Ketua Pembangkang. Kita tunggu dan lihat.. Tetapi yang penting sekarang ialah untuk menghadapi BN dalam Pilihan Raya Kecil nanti.

Tarikh pilihan raya kecil akan ditentukan pada mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan diadakan pertengahan minggu depan - Rabu ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online pihaknya sudah menerima notis makluman mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh hari ini. LAGI

Retail Price Of Petrol Will Be Streamlined From Sept 1, Says Abdullah - Malaysiakini


PUTRAJAYA, Aug 1 -- Effective Sept 1, the retail price of petrol will be streamlined and based on the average monthly market price of world crude oil with the government maintaining the subsidy rate at 30 sen per litre, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Friday. MORE....

Malay version

Harga petrol ikut harga dunia mulai 1 Sept
Aug 1, 08 7:22pm
Berkuatkuasa 1 Sept ini, harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran dunia purata bulanan dan subsidi akan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. LAGI

Usia 54 tahun : Muktamar PAS kembalikan nostalgia - malaysiakini


Setelah usianya 54 tahun, PAS kali ini mengadakan muktamarnya dalam suasana "kemenangan besar" selepas pilihanraya umum Mac lalu di negeri kelahirannya Perak.

"PAS Perak minta muktamar diadakan di sini untuk mengembalikan nostalgia lama kerana PAS mula ditubuhkan di sini (di Gunung Semanggol)," kata setiausaha urusetia muktamar tahun ini Syed Mohamad Syed Hassan.

Pertemuan selama lima hari di Ipoh - negeri yang kini bermenteri besar wakilnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - dijangka dihadiri lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara bermula 13 Ogos.

Penolong setiausahanya Salman Salleh pula berkata persiapan untuk acara tahunan itu kini di tahap akhir iaitu menyiapkan pentas dan semua bahan persidangan.

Menurutnya, majlis perasmian dan ucapan dasar disempurnakan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 15 Ogos bermula jam 8 pagi di Stadium Tertutup Indera Mulia.

Manakala perbahasan penuh muktamar akan berlangsung di tempat yang sama pada jam 2.30 petang.

Sebelum itu, katanya, tiga sayap parti iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan mengadakan muktamar mereka berasingan pada 13 dan 14 Ogos.

Dewan Ulama bermesyuarat pada 14 Ogos di Dewan Bandaran, berhadapan dengan Hotel Majestic, Ipoh. Ia akan dirasmikan sendiri oleh ketuanya Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Menurut setiausaha Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof, muktamar dewan itu berlangsung pada 13 Ogos di stadium tertutup itu jam 8 malam. Ia akan dirasmikan oleh timbalan presiden PAS Nasaruddin Mat Isa.

Manakala Dewan Muslimat, menurut setiausahanya Aiman Athirah al-Jundi, akan bertemu pada 14 Ogos di Hotel Hill City. Ia akan dirasmikan oleh naib presidennya Mohamad Sabu.

Menutut Salman tema muktamar tahun ini belum dimaklumkan kepada pihak urusetia.

Beliau juga memaklumkan terdapat gerai-gerai untuk berniaga yang buka di sebelah stadium tertutup tersebut.

Selain bermesyuarat, tambahnya, muktamar ini turut diserikan konsert kesenian Islam, forum perdana dan ceramah perdana.

Ditanya isu-isu hangat yang akan dibincangkan dalam pertemuan nasioanl itu, Salman berkata:

"Isu muqabalah dan muzakarah dengan Umno kemungkinan akan menjadi isu hangat yang akan dibincangkan dalam muktamar ini.

"Selain itu, isu tentang keahlian orang-orang bukan Islam (penyokong bukan Islam PAS) akan dibahaskan dalam muktamar kali ini."

Beliau menjelaskan isu-isu berbangkit bagaimanapun bergantung kepada perwakilan-perwakilan setiap negeri untuk dibahas bergantung pada usul yang dikemukakan.

Ucapan penggulungan muktamar disampaikan oleh Abdul Hadi 8 pagi 17 Ogos.sumber asal

SEJARAH PENUBUHAN PAS

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.